BEBAS, Mahasiswa Melakar Sejarah Baru

Kuala Lumpur ,17 Dis: Mahasiswa hari ini telah melakar sejarah baru dalam kamus gerakan mahasiswa, apabila mereka bangkit mendesak kerajaan agar memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mereka berarak dari Masjid Jamek ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bergerak dengan membawa sepanduk,“Mahasiswa Bukan Robot", "Mansuhkan AUKU", "Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik" serta menyatakan enam tuntutan BEBAS. 

Laungan keramat penuh bersemangat daripada hampir 1000 orang mahasiswa, "Student Power!", "Mahasiswa Sayang Malaysia!", dan "Mansuhkan AUKUdiselangi dengan ucapan daripada wakil-wakil front mahasiswa telah bergema sepanjang jalan di ibu kota Kuala Lumpur.

Rohayu Rusli
Pengerusi SIGMA GAMIS, Rohayu Rusli menjelaskan bahawa hari ini anak muda Malaysia mencipta sejarah apabila telah turun ke jalanan menyatakan pendirian hak bersuara serta prinsip bahawa mahasiswa mahasiswi dan anak muda Malaysia.

"Kita tidak akan pernah berhenti menyuarakan kebenaran dan keadilan, menuntut hak yang selama ini dikekang”. 

Akram Ikrami
"Hari ini juga turut memperlihatkan bahawa partisipasi mahasiswi dalam himpunan, turut bersuara, turut hadir membarisi barisan anak muda, sejarah hari ini memberi amaran kepada pemerintah agar tidak bersenang lenang sedangkan rakyat dan mahasiswa dalam keperitan," jelasnya.

Sementara itu, Presiden GAMIS, Akram Taib Azamudden semasa berucap memberitahu hari ini menyaksikan satu himpunan dan perarakan laungan kebenaran memenuhi bandaraya Kuala Lumpur.
"Ini bukti bahawa mahasiswa cukup muak dan benci terhadap akta zalim yang kita tuntut untuk dimansuhkan.
Safwan Anang 
GAMIS mengucapkan tahniah kepada Pengerusi BEBAS, Safwan Anang yang juga merupakan Timb. Presiden GAMIS serta seluruh pimpinan front mahasiswa yang telah menggerakkan kekuatan ahli untuk turut sama ke lapangan rakyat menyatakan pendirian kebenaran," katanya.
Setelah menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke PWTC untuk menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan.  
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sudi turun untuk menerima memorandum BEBAS. Beliau  juga berkesempatan untuk menyampaikan pidatonya yang menyokong usaha mahasiswa menuntut kebebasan akademik. “Tahniah mahasiswa! Saya akan bersama-sama kamu semua untuk perjuangkan isu ini.” ujar beliau.

Posted by GAMIS on 4:35 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for BEBAS, Mahasiswa Melakar Sejarah Baru

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket