GAMIS Mengucapkan Takziah Atas Kehilangan Sheikh Imaduddin Effat

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga As-Syahid Fadhilatul Syeikh Imaduddin Effat atas pemergian beliau.

Beliau yang merupakan salah seorang ahli tenaga fatwa di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau meninggal akibat terkena tembakan di dada ketika berada di Syari' Majlis al-Wuzara' pada  jam 6.30 petang semalam (waktu Mesir).
Sheikh Imad bersama seorang pemuda di Medan Tahrir

Seorang tokoh ulama yang faqih dan komited dalam menyampaikan ilmu. Beliau juga di antara ulama al-Azhar yang pernah berfatwa tidak harus kepada mana-mana lelaki mukallaf berdiam diri di rumah bermula 27 Januari yang lalu dan mereka yang terbunuh pada detik-detik thawrah yang lalu mendapat pahala syahid daripada Allah.

Mufti Mesir, Syeikh 'Ali Aljumu'ah pernah memujinya: "Bagi dirimu harta yang bernilai Wahai Syeikh Imad”, kerana keluasan ilmu yang ada pada dirinya. Jenazah syeikh diuruskan sendiri oleh Syeikh Ali Jum'ah semalam.

Seluruh mahasiswa menangis kematian seorang ‘bapa’ yang sangat komited dan berani dalam menyampaikan ilmu. Sebagai mambalas jasa beliau, marilah kita meneruskan perjuangan beliau iaitu dengan berjuang menegakkan agama Allah.

Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden GAMIS

Posted by GAMIS on 1:01 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for GAMIS Mengucapkan Takziah Atas Kehilangan Sheikh Imaduddin Effat

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket