GAMIS Menggesa Kerajaan Memastikan keselamatan Rakyat Malaysia di Jepun

Kejadian gempa bumi yang berlaku dijepun beberapa hari lepas telah menyebabkan anggaran kematian melebihi sehingga 1000 orang dan juga kehancuran yang teruk.

Oleh itu,Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia,GAMIS menggesa kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memantau pelajar dan juga warga Malaysia dijepun untuk memastikan keselamatan mereka terjamin setiap masa.

Menurut Naib Presiden Korporat Dan Pengantarabangsaan, saudara Abdul Razak “Kejayaan ops pyramid lepas yang membawa pulang pelajar Malaysia di mesir menjadi kayu ukur kepada ketulusan kerajaan kali ini untuk memastikan rakyat kita di jepun selamat.Namun begitu,jika keadaan kritikal,kami mendesak supaya kesemua warga negara dibawa pulang ke tanah air secepat mungkin.”

“Apa yang membimbangkan kita adalah berkenaan dengan loji nkclear yang dilaporkan telah mengalami kerosakan.Ini boleh menyebabkan sinar radiasi merebak seluruh jepun dengan pantas dan boleh mengganggu kesihatan termasuk mengancam nyawa rakyat kita.” Ujarnya lagi

Tambah beliau, Jika ia berlaku,tiada cara yang terbaik melainkan membawa pulang seluruh rakyat Negara kita ketanah air.Soal keselamatan rakyat ia tidak boleh sama sekali dikompromi dan perlu diambil tindakan segera.

GAMIS menyambut baik keprihatinan yang dizahirkan oleh kerajaan Malaysia untuk Negara jepun,namun tugas utama iaitu menyelamatkan warga Negara sendiri perlu diutamakan.GAMIS juga menyeru kepada seluruh pihak yang berkaitan bertindak pantas samada dengan melaporkan kepada kerajaan apa-apa maklumat bagi membantu rakyat Malaysia disana.

Posted by GAMIS on 10:31 PG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for GAMIS Menggesa Kerajaan Memastikan keselamatan Rakyat Malaysia di Jepun

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket