Tanah Peladang Bukit Jalil Adalah Hak Rakyat
isu semasa, terkini 9:11 PTG

Alasan kerajaan untuk menaik tarafkan tempat tersebut jelas tidak memberi manfaat kepada rakyat India disitu.Walaupun ada tawaran wang pampasan kepada setiap keluarga,akan tetapi ia masih tidak dapat memastikan mereka ini mampu memiliki rumah kos rendah dengan wang tersebut yang harganya sekitar RM42ribu sebuah.
Pekerja ladang ini adalah generasi ke 5 yang tinggal dan bekerja disitu. Kini mereka menuntut dari kerajaan ,hanya tanah sebanyak 4 ekar dari keseluruhan 26 ekar yang diambil untuk dibuat kawasan perumahan bagi keluarga mereka.
Bercakap Naib Presiden GAMIS, Abdul Razak,

GAMIS menggesa kerajaan menilai balik tindakan merampas tanah milik rakyat tersebut dan memastikan kebajikan tidak mengira kaum mesti didahulukan.GAMIS sebagai entiti mahasiswa anak muda,menolak segala kezaliman dan penindasan kepada rakyat Malaysia.

