Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu keganasan terus berlaku. Terkini, serangan askar kerajaan ke atas bandar Homs dan beberapa kawasan kejiranan, telah mengorbankan tidak kurang 200 orang. 

Ikrar Bashar al-Assad untuk mempertahankan kuasanya dengan kekerasan tentera menjadikan Syiria kini kekal satu-satunya negara Arab yang terus bergolak sejak tercetus ‘Arab Spring’ sehingga berakhirnya krisis politik di Yaman dengan berundurnya Presiden Ali Abdullah Saleh. 

Gabugan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat yang prihatin untuk turut serta dalam himpunan aman yang akan diadakan pada hari ini (10 Februari), selepas solat Jumaat, di hadapan Kedutaan Syiria, Jalan U Thant, bagi menyatakan bantahan dan kecaman ke atas pembunuhan rakyat Syiria oleh regim Bashar al-Assad yang kian semakin meruncing. 

GAMIS juga menuntut supaya, kerajaan Malaysia segera memanggil sidang tergempar Persidangan Negara-negara Islam (OIC) bagi menyelesaikan krisis di Syiria. GAMIS berpandangan, Pertubuhan Negara-negara Bersatu (PBB) melalui Majlis Keselamatan-nya, gagal menyelesaikan kemelut tersebut berikutan dua kuasa veto dunia, Rusia dan China telah memilih untuk menolak draf resolusi Majlis Keselamatan PBB terhadap Syiria. 

Perhimpunan di hari ‘sayyidul ayyam’ esok sebagai bukti solidariti umat Islam, beserta doa yang akan dipanjatkan sebagai bukti kebergantungan hamba kepada sang Khaliq, pasti bukan suatu yang sia-sia. Ayuh kita berhimpun! 

EIKHWAN ALI 
Naib Presiden GAMIS

Posted by GAMIS on 11:33 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Himpunan Aman Selamatkan Syria

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket