Debat Najib-Anwar: Mahasiswa Sedia Jadi Penganjur


Tahniah diucapkan kepada Profesional Melayu, yang menyatakan minat untuk melihat debat terbuka antara Ketua Kerajaan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Kajian ini dikeluarkan oleh Merdeka Center melalui Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian baru-baru ini.

Golongan mahasiswa sangat ternanti-nanti pendirian Datuk Seri Najib berkenaan kesediaan beliau untuk menyertai debat tersebut, Datuk Seri Anwar sudah lama menyatakan hasrat beliau. Mahasiswa bersedia untuk menjadi penganjur debat ini.

1. Debat adalah budaya ilmiah yang merupakan satu jalan terbaik dalam meraikan perbezaan fahaman dan ideologi politik

2. Debat adalah satu medan penilaian bagi masyarakat khususnya anak muda untuk menilai dan memilih kepimpinan yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara

3. Melalui beberapa perbincangan dan 'survey' di peringkat kepimpinan mahasiswa, pengesyoran debat disambut baik di peringkat kampus masing-masing

4. Fokus debat ini adalah pembentangan manifesto kedua-dua belah pihak parti dan juga perbahasan berkenaan isu-isu kenegaraan yang melibatkan rakyat dan kebajikan rakyat, tidak perlu wujud perdebatan berkenaan isu peribadi

5. Mahasiswa berharap program debat ini bukan hanya menjadi mainan politik semata-mata oleh Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, biarlah ia menjadi satu titik permulaan yang serius dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang

Justeru, pihak Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) mengesyorkan agar mahasiswa dapat bersinergi dalam menjayakan budaya ilmiah ini andai kedua-dua pemimpin besar parti (DS Najib Razak dan DS Anwar Ibrahim) bersedia untuk berhadapan antara satu sama lain dalam debat politik. Kami juga menolak mana-mana idea yang menyatakan idea debat adalah tidak diguna pakai di Malaysia.


'GAMIS Inspirasi Anak Muda'

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor
Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN)
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

Posted by GAMIS on 6:54 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

1 comments for Debat Najib-Anwar: Mahasiswa Sedia Jadi Penganjur

  1. setuju...buat hebahan di fb,twitter, apa shaja media masa utk smbutan mahasiswa

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket