Saya Ambil Risiko Tindakan AUKU - Pres GAMIS
berita, terkini 12:36 PG

"Saya ambil risiko dikenakan tindakn AUKU kerana berucap di atas pentas Pakatan Rakyat ini," kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) yang berucap mewakili mahasiswa itu.
Namun, kata Akram, beliau tidak gentar, sambil mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.
Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 bertemakan 'Bersihkan Malaysia' bermula di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, bermula hari ini, 14 Januari 2012.
Konvensyen diadakan pada saat Pakatan Rakyat berada di landasan terbaik dan kukuh, selepas semua tohmahan yang melanda kepimpinannya, sama ada yang bersifat peribadi, mahu pun serangan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, dapat ditepis dengan sebaik-baiknya.
Akram adalah pemimpin pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Beliau adalah anak kepada anggota Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin.
Selain Akram, turut berucap pagi ini di majlis pembukaan adalah Datuk Ambiga Srevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.
Konvensyen kali ini memberikan tumpuan khas untuk sama-sama memperjuangkan hak kebebasan pelajar untuk bergerak di negara ini.
Perkara ini diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini.
Sumber: