Ringankan Bebas : Misi Kebajikan Ke Utara

Dalam suasana hiruk pikuk bandar, suara menggamit kemajuan, dikala anak muda bertarung dengan pen dan kertas di kampus masing-masing, disana ada anak muda yang bertarung nyawa dengan kehidupan sendiri. Susah untuk digambarkan penderitaan yang dialami, namun pahit ubat tidak sekelumit dengan pahitnya liku kehidupan yang dihadapi Noor ‘Izzati binti Habin.
Timb Pengerusi MDK bersama ibu Izzati

Beliau merupakan graduan UiTM Perlis dalam diploma sains, dan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan ke Mesir. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, beliau terpaksa pulang ke Malaysia setelah satu semester berada di sana, dan menyambung pelajaran di AUCMS, Pulau Pinang. Beliau dikatakan mengidap appendix, lalu pembedahan terus dibuat bagi membuang appendix tersebut. Kesan daripada pembedahan tersebut mengakibatkan pendarahan yang banyak sehingga memerlukan 20 beg darah saat kami melawat beliau 7 januari lepas. Ibunya tetap redha dan pasrah dengan ketentuanNya dan tetap mengharap kepada Allah agar anaknya sihat seperti sediakala.

Naib Presiden GAMIS rancak berbicang 

Alhamdulillah, wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) berkesempatan melawat Noor ‘Izzati di wad ICU, Kedah Medical Centre (KMC) dan berpeluang mendengar sendiri kisah yang dikongsikan ibu beliau. Rombongan GAMIS yang diketuai Naib Presiden 2, Saudara Muhammad Najmi menjengah ke Balik Pulau, Pulau Pinang pada keesokan harinya bagi melawat sahabat GAMIS yang ditimpa musibah kebakaran rumah 27 disember lepas.



Di sudut yang lain pula, Allah telah menguji seorang lagi hambanya yang ikhlas berjuang di medan dakwah kampus. Luluh dan runtuh hati kami tatkala melihat rumah Siti Sarah Binti Ramli, mahasiswi tahun 3 UniMaP jurusan kejuruteraan alam sekitar yang hangus dijilat api. Hanya tinggal sedikit bahagian dapur yang tidak sempat disentuh api, bahagian lain, hanya tinggal rangka yang telah hangus. GAMIS telah melancarkan Tabung kebajikan Mangsa Kebakaran yang disalurkan kepada Majlis Dakwah dan kebajikan (MDK) berbentuk wang, makanan dan pakaian. Hampir RM 1,000 berjaya dikutip oleh pihak MDK untuk diberikan sumbangan kepada saudari Siti Sarah dan keluarga untuk meringankan beban beliau sekeluarga.

 

Pihak GAMIS mengucapkan takziah kepada Noor ‘Izzati serta Siti Sarah, dan terima kasih khususnya kepada Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM) kerana memudahkan pergerakan kami ke sana. Dan terima kasih kkepada semua yang telah menderma. Moga derma dan sumbangan ini menjadikan kita hamba yang bersyukur diatas nikmat yang dikurniakan.


‘Inspirasi Anak Muda’

Majlis Dakwah Dan Kebajikan, GAMIS

Posted by GAMIS on 11:20 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Ringankan Bebas : Misi Kebajikan Ke Utara

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket