GAMIS Mengutuk Kekejaman Polis Terhadap Mahasiswa di UPSI

Tirai 2012 menyaksikan satu lagi rentetan siri penindasan semenjak 40 tahun ke atas mahasiswa sekaligus memberi gambaran jelas pemerintahan diktator dan angkuh di bawah kepimpinan negara Dato’ Seri Najib Tun Razak. Hal ini menyebabkan lagi mahasiswa semakin hilang percaya dengan kepimpinan ini untuk terus menerajui kepimpinan negara.

Insiden yang penuh tragis pada malam tahun baru itu menyaksikan ratusan polis dan pasukan simpanan polis (FRU) berhimpun bagi menyuraikan himpunan mahasiswa yang bilangannya hanya sekitar 40 orang sahaja. Tanpa mempedulikan jeritan mahasiswa yang meraung kesakitan dibelasah teruk, pihak polis dilihat seperti manusia berhati binatang. Tidak cukup dengan itu, setelah dibelasah teruk, mereka juga menghalang mahasiswa yang sedang menggelupur kesakitan untuk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Oleh itu, GAMIS mengutuk sekeras-kerasnya pembantaian mahasiswa beramai-ramai oleh pihak berkuasa. Tindakan kejam pihak polis, membelasah teruk, menerajang dan menyepak biadab mahasiswa-mahasiswa yang sedang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akaedmik di UPSI malam semalam seolah menunjukkan lucutnya nilai kemanusiaan dan tanggungjawab polis yang sepatutnya menjaga keamanan negara.
Sehubungan dengan itu  :

1. GAMIS mendesak Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab berhubung keganasan polis di UPSI dengan memohon maaf secara terbuka kepada saudara Mohammad Safwan Anang Talib, Timbalan Presiden GAMIS dan mahasiswa yang dibelasah teruk pada malam kejadian

2. GAMIS menyelar tindakan pihak polis jelas membuktikan suara mahasiswa yang ingin dikuburkan oleh rejim kerajaan Dato’ seri Najib Tun Razak

3. GAMIS kesal dengan tindakan pihak berkuasa khususnya polis sepatutnya bertindak dengan lebih profesional, bukan menggunakan kekerasan melampau

4. GAMIS menuntut pihak berkuasa bertanggungjawab ke atas mangsa kekejaman tersebut dengan menanggung kerugian dan segala perbelanjaan perubatan

5. GAMIS akan bersama seluruh mahasiswa Malaysia tidak akan berundur bahkan akan terus mara memperjuangkan untuk memansuhkan AUKU dan akta seumpanya yang bersifat zalim dan mencabul demokrasi

GAMIS mengucapkan tahniah kepada seluruh mahasiswa yang mula bangkit menentang kezaliman. Tidak memadai kita hanya berasa gah dengan kebangkitan anak muda asia barat, tapi kita sebagai anak muda Malaysia khususnya mahasiswa akan terus bangkit menentang kezaliman. Kekejaman yang dilakukan oleh pihak berkuasa, tidak sesekali melunturkan semangat anak muda. 

GAMIS Inspirasi Anak Muda


Keadaan Safwan Anang (Timb. Presiden GAMIS) dan sahabat di hospital.
Cermin kereta Safwan dipecahkan

Posted by GAMIS on 8:21 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

2 comments for GAMIS Mengutuk Kekejaman Polis Terhadap Mahasiswa di UPSI

  1. tiba masanya GAMIS kmbali lead anak muda mlysia
    dan mnyebarkn pengaruh islamisasi...
    ini suara hati kami sbg rkyt mlysia

  2. Salam tahniah buat anda yang berani... Bob menyakini kenberanian anda hari ini penentu nasib mahasiswa akan datang... teruskan perjuangan anda .::gogogo::.

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket