SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Sinergi Gerakan Mahasiswi) hadir dengan harapan baru buat wanita Malaysia dengan tema ‘Keunggulan Buat Wanita’ dan ‘Selamatkan Wanita’. 

Melalui kenyataan Pengerusinya Rohayu Rusli, SIGMA bersama seluruh pengerusi Hal Ehwal Wanita dan Mahasiswi setiap kampus akan turun ke Dataran Merdeka pada tanggal 1.01.2012 untuk mengedarkan 2012 kuntum bunga ros berwarna putih dan pink kepada seluruh wanita yang ada di sekitar dataran pada Ahad ini. Edaran bunga ros ini adalah simbolik kepada harapan besar daripada SIGMA kepada seluruh wanita Malaysia.

“Pada tanggal 1.01.2012 ini, SIGMA akan turun bersama aktivis-aktivis mahasiswi untuk mengedarkan bunga ros di sekitar Dataran Merdeka kepada wanita-wanita Malaysia.  Ianya merupakan simbolik kepada kebangkitan wanita di Malaysia khususnya wanita muda Malaysia. 

"Dalam pada itu, ianya juga membawa satu  mesej yang jelas bahawa kita menginginkan wanita Malaysia ini unggul dilihat sebagai seorang wanita yang punyai jatidiri dan prinsip yang utuh. Kita juga mengharapkan tahun 2012 yang bakal tiba ini member I sinar baru buat wanita yang jauh daripada sebarang eksploitasi yang merendahkan martabat wanita”

“Jom bersama SIGMA, turun ke Dataran Merdeka jam 10.00 pagi ahad ini dengan tema “Keunggulan buat Wanita” dan jangan lupa berpakaian tema putih dan pink” Jelasnya lagi.

Posted by GAMIS on 2:16 PG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket