UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini. Tragedi itu menyaksikan 17 mahasiswa ditahan dan Muhammad Safwan Anang, Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) cedera parah dibelasah pihak polis kerana melakukan demonstrasi aman menuntut kes Adam Adli supaya digugurkan pihak universiti.

Seakan satu kelucuan apabila membaca kenyataan Datuk Mohd Shukri Dahlan, Ketua Polis Perak,  bahawa kecederaan ahli kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan ‘rempuhan yang mereka lakukan sendiri’, dan bukan dipukul polis seperti didakwa. Ya, ‘rempuhan sendiri’ sehingga menyebabkan koma dan bermandi darah pada waktu kejadian.  “Kita mempunyai rakaman video selain saksi bagi membuktikan polis tidak melakukan keganasan.”, ujar Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan. Sudahlah penguasa! Rakyat sudah muak. Sampai bila mahu berdalih lagi. 

Kezaliman demi kezaliman yang dilakukan kepada mahasiswa semakin menjengkelkan Apabila mahasiswa pro-kerajaan melakukan demonstrasi membantah tindakan Adam Adli tempohari,  ia diistilahkan sebagai ‘perhimpunan aman’ manakala demontrasi aman oleh mahasiswa yang bersama dengan Adam Adli dinamakan sebagai ‘perhimpunan haram’, ‘mencetuskan’ keganasan’ dan lain-lain label yang negatif. Bertali arus hentaman media kepada mahasiswa mengenai isu ini.




Kepada sang penguasa,

Anda mungkim selamat di dunia dengan jaminan ‘orang atasan’ anda. Anda mungkin boleh bersenang lenang dengan putar-belit anda. Namun, mahkamah akhirat tetap menanti anda. Mungkin ada yang beralasan, “Tak semua polis begitu. Ada yang baik dan bersama-sama dengan perjuangan mahasiswa, cuma mereka dipaksa.”.  

Marilah merenung mutiara nasihat dari Hasan al-Basri radhiallahuanhu kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. ‘Umar bin Hubairah mengadu kepada Hasan al-Basri radhiallahuanhu,  katanya: “Sesungguhnya Khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi satu kesalahan di sisi agama?” 

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.”

Kepada mahasiswa,

                Perjuangan tetap perlu diteruskan. Bukankah cabaran itu adalah lumrah buat orang yang beriman? Firman Allah:

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)
Allah SWT menjanjikan pertolongan saat kita menghadapi kesulitan, dengan syarat kita mestilah bersabar menghadapinya. Jangan sesekali kita berpaling dari Allah SWT, atau menjauhkan diri dari-Nya.

Dengan ini, semua mahasiswa dan masyarakat diseru ke Majlis Solat Hajat dan Pidato Perdana pada 6 Januari 2012 (Jumaat) bermula jam 8 malam sehingga 11 malam bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berhampiran dengan Sate Kajang Hj Samuri. Majlis ini diadakan bersempena dengan kezaliman dan kekejaman yang dilakukan terhadap mahasiswa. Mohon hadir untuk sama-sama kita memohon keamanan dan semoga keadilan ditegakkan.

Gamis Inspirasi Anak Muda



Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden GAMIS

Posted by GAMIS on 6:58 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

1 comments for Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

  1. ILUSI II
    Oleh Firdaus Abdullah, Ogos 1982
    (Setelah mendapat ijazah PhD)

    Kini aku yakin
    fungsi universiti yang wajar
    bukanlah memberi jawapan
    tetapi mengajar
    menanyakan soalan
    (terutama kepada mereka yang berkuasa).

    Tetapi aku ingin:
    menanyakan gunanya bertanya
    jika jawapan tetap itu juga
    (daripada mereka yang berkuasa)
    untuk setiap soalan yang berbeza.

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya