SIGMA Seru Seluruh Pemudi Berhimpun Untuk BEBAS

17 Disember ini, anak muda Malaysia khususnya mahasiswa dan mahasiswi akan berhimpun di Dataran Merdeka bersama-sama menuntut kebebasan akademik yang bakal melakar sejarah baru dalam kamus gerakan mahasiswa.

Himpunan besar-besaran mahasiswa ini bertujuan untuk menyatakan bahawasanya seluruh rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan yang menghantui rakyat dengan pelbagai cengkaman dan tindakan.

Tujuan lainnya adalah untuk menyerahkan deklarasi tuntutan BEBAS kepada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang untuk menilai dan bertindak secara agresif terhadap enam tuntutan yang dibawa iaitu tuntutan:
1) Bebaskan ilmuan berakademik
2) Mansuhkan AUKU akta 174 & akta 555, 
3) Bebaskan mahasiswa bersuara, 
4) Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik, 
5) Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus dan 
6) Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti.

Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) mewakili seluruh entiti mahasiswi melalui Pengerusinya, saudari Rohayu Rusli menyeru seluruh mahasiswi dan wanita muda untuk turut sama berhimpun 17 Disember nanti. Jelasnya himpunan yang dianjurkan oleh BEBAS ini akan turut dibanjiri oleh aktivis-aktivis mahasiswi daripada kampus seluruh Malaysia.

“SIGMA menyeru dan berusaha mengembeleng seluruh tenaga aktivis mahasiswi Malaysia untuk turun ke Dataran Merdeka Sabtu ini. Kita akan turun beramai-ramai untuk turut menyuarakan pandangan dan berpartisipasi dalam himpunan nanti. Apatah lagi mahasiswi merupakan entiti paling besar dengan jumlah majoriti dalam mana-mana organisasi mahupun pertubuhan. Dan tidak lupa SIGMA juga mengajak ahli akademik yang menempati kampus IPTA/S untuk hadir bersama bagi menyatakan sokongan terhadap 6 tuntutan BEBAS” Katanya.

Menurutnya lagi, SIGMA kali ini cuba untuk mewajahkan gerakan mahasiswi lebih ke depan dan berani. Bukan setakat menjadi pendokong di belakang. Justeru itu, SIGMA menyeru dan mengerah seluruh mahasiswi untuk turun ke Dataran Merdeka menyatakan apa hasrat dan harapan mereka buat negara.


Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)

Posted by GAMIS on 10:09 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for SIGMA Seru Seluruh Pemudi Berhimpun Untuk BEBAS

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket