UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Doa Buat Syria

Kanak-kanak seusia 9, 10, 11 dan 12 tahun ditahan dan dikenakan penderaan mental, kuku-kuku tangan dan kaki mereka dicabut, gigi-gigi mereka dipatahkan serta dilakukan penderaan seksual ke atas mereka. Di jalanan, warganegara yang berhimpun tanpa senjata ditembak ketika berarak. Laki-laki dan warga perempuannya yang tidak bersalah, bukan sahaja dilabel sebagai pengganas dan radikal Islam, bahkan dibunuh dan kemudiannya dipotong-potong jasad mereka lalu dikembalikan semula kepada keluarga mereka.

Demikianlah sebahagian potret yang sangat memilukan yang melanda umat Islam di Syiria pada saat dan ketika ini. Membaca dan mendengar pendedahan ini pun sudah cukup untuk membuatkan kita tidak tertanggung membayangkan keperitan yang terpaksa dihadapi oleh mereka.

Meyakini dan mengimani bahawa doa merupakan senjata paling ampuh bagi umat Islam, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru kepada seluruh umat Islam untuk walaupun sebaris, memanjatkan dan mengkhususkan doa kepada umat Islam Syiria. Kini mereka terpaksa berhadapan dengan ujian iman yang tidak dihadapi oleh umat Islam yang lain.

Bashar al-Asad, yang mengetuai kerajaan Syiria kini, selepas daripada pemeritahan ayahnya, Hafeez al-Asad, adalah seorang pemerintah diktator yang kejam lagi zalim. Mengamalkan pemerintahan ala Fir’aun, memaksa rakyatnya bersyahadah untuk bersaksikan dirinya sebagai tuhan, mereka mencuri harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan para ulama’, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita, menghalang perempuan beriman memakai hijab dan menindas golongan lemah seperti orag tua dan kanak-kanak.

Bantahan terhadap tangkapan dan penderaan ke atas sekumpulan kanak-kanak yang membuat lakaran tulisan ‘retorik’ “Rakyat Mahu Jatuhkan Kerajaan” di dinding-dinding sekolah telah menjadi titik mula percikan api kebangkitan rakyat Syiria untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Bashar al-Asad. Terkesan dengan kebangkitan rakyat di negara-negara serantau, Bashar al-Asad sanggup bertindak balas secara secara kejam terhadap rakyatnya sendiri setelah ‘janji’nya untuk mengadakan ‘National Dialogue’, ‘Reform’ dan ‘Consultative Meeting’ gagal untuk meredakan kebangkitan rakyat Syiria.

Dalam isu ini, kebimbangan GAMIS adalah apabila komuniti antarabangsa khususnya dikalangan negara-negara umat Islam seolah-olah membisu. Berbeza dengan kebangkitan rakyat Tunisia dan Mesir yang mendapat liputan meluas beserta bantuan. Kenapa tiada apa yang dilakukan dalam kes Syiria? Sedangkan kekejaman regim Bashar al-Asad amat dimaklumi. Di Tunisia dan Mesir, kebangkitan rakyatnya dikagumi sehingga dinamakan dengan ‘Arab Spring’, namun dalam kes Syiria, ia seolah-olah bertukar kepada ‘winter’.

Kini, rakyat Syiria terpaksa berhadapan dengan kekejaman regim, berada dalam kekalutan politik dan tekanan ketidakstabilan ekonomi. Kekuatan mereka kini hanya pada kebergantungan kepada Allah s.w.t. dan doa-doa yang kita panjatkan untuk mereka. Mudah-mudahan Allah s.w.t. memberi kekuatan kepada mereka dan juga kita untuk memaksa kebatilan dan kezaliman yang berlaku di mana-mana ke jalan mati, lalu kita laungkan kepada mereka – yang zalim itu – semua dengan laungan ‘Allahu Akbar’, sehingga mereka kembali tunduk kepada kekuasaan Allah s.w.t.


Wallahua’lam.

EIKHWAN ALI
Naib Presiden GAMIS

Posted by GAMIS on 7:19 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Doa Buat Syria

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya