Perginya Seorang Tokoh Anak Muda

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman Abdullah. Beliau telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di jalan Kuala Krai – Gua Musang ketika dalam perjalanan pulang daripada penyerahan “Amanat Tun Razak” kepada Perdana Menteri berhubung Tuntutan Royalti Minyak oleh Kerajaan Negeri Kelantan di Parlimen. Kereta yang dinaiki oleh Allahyarham bersama dua lagi rakanya yang cedera itu bertembung dengan sebuah kereta dan beliau meniggal dunia di tempat kejadian.

Allahyarham merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Menanjung (GAMIS) Sesi 2002 juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM) . Sewaktu beliau menjadi Presiden GAMIS, beliau telah menempa nama GAMIS dipersada antarabangsa dengan menjadi perwakilan dalam satu Persidangan Mahasiswa Islam Malaysia Sedunia yang berlangsung di Kaherah, Mesir anjuran Persekutuan Republik Melayu Arab Mesir (PMRAM). Allahyarham Kamarulzaman yang meneruskan delegasi kepimpinan GAMIS Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman sebelum itu, juga merupakan Presiden yang mula menubuhkan cawangan-cawangan GAMIS di Zon Utara, Pantai Timur, Tengah dan Zon Selatan dalam memastikan GAMIS merata disegenap pelusuk tanah air.

Beliau merupakan seorang tokoh anak muda yang mewarnai arena gerakan mahasiswa pada ketika itu. Antara penglibatan beliau ialah menjadi suara keramat dalam menggerakkan mahasiswa-mahasiswa seluruh negara untuk turun cakna menyatakan kebenaran ketika Malaysia digegarkan dengan laungan Reformasi melibatkan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau tidak pernah jemu menyatakan suara kebenaran dalam segenap aspek khususnya persoalan kebajikan mahasiswa dan kematanagan Politik maruah yang bebas berasaskan negara demokrasi dengan memimpin siri-siri himpunan gergasi mahasiswa serta anak muda.

Pengalaman serta kesedaran anak muda yang berasal dari Kota Bharu,Kelantan ini untuk berhimpit dicelahan masyarakat diteruskan dengan berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Husam Musa. Beliau yang terlibat secara serius dalam menjalan setiap inci kajian dalam membuktikan bahawa seluruh rakyat Kelantan berhak mendapat Royalti Minyak itu telah membuktikan perjuangannya sehingga nafas terakhir. Pastinya kelak setiap titisan nikmat perolehan Royalti Minyak yang bakal diperolehi oleh rakyat Kelantan itu akan mengalir jariah kebajikan yang disumbangkan oleh Allahyarham Kamarulzaman dan menjadi memahat sejarah yang tidak akan lenyap.

Jenazah Allahyarham disolatkan di kediaman keluarganya di kampong Kota dengan dihadiri pimpinan Parti, pimpinan Kerajaan Negeri, sahabat handai serta ribuan orang ramai. Turut serta menziarahi dan mengikuti jenazah Allahyarham ialah Presiden GAMIS, Saudara Ahmad Syazwan Mohd Hasan. Tokoh anak muda yang baru berusia 31 tahun itu meninggalkan seorang anak berusia 4 tahun dan seorang isteri. Beliau yang lahir daripada keluarga sederhana merupakan anak ke 6 daripada 7 adik beradik.

Kematian Allahyarham ini adalah isyarat jelas daripada Allah SWT bahawa rakyat Kelantan serta pencinta kebenaran rela andai nyawa mereka dikorbankan dalam menuntu hak mereka yang telah sekian lama dinafikan. Walaupun jasadnya telah meniggalkan kita, namun gelora perjuangan anak muda berpaksikan perjuangan Rasulullah ini sama sekali tidak pernah akan padam. Bahkn ia akan terus marak mendorong mahasiswa untuk terus membawa obor perjuangan itu sehingga ia tertegak & dipelihara walaupun hingga mengorbankan nyawa demi kebenaran. Akhir kalam, GAMIS menyeru segenap lapisan masyrakat untuk menghulurkan jua sumbangan serta mendoakan semoga Allahyarham dirahmati oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama para solehin. InsyaAllah.

AKRAM IKRAMI BIN TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha Agung
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

Posted by GAMIS on 11:33 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Perginya Seorang Tokoh Anak Muda

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket