UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Aidiladha : Memperingati Pengorbanan & Kemuliaan


Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh mahasiswa Islam dan muslimin serta muslimat dengan doa semoga Allah swt mengembalikan umat Islam di serata dunia kepada kefahaman dan penghayatan Islam yang hakiki, membentuk kekuatan Iman, aqidah, kesatuan dan ukhuwwah dan mampu mengalahkan perancangan dan usaha pihak Kebatilan di serata pelusuk dunia.

Aidil Adha mengembalikan kenangan-kenangan penting kepada kita, lalu mengajak kita bangkit dan bertindak selari dengan pengajaran-pengajarannya seperti berikut :

Korban (Adha) yang hendak dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap anak kesayangannya sendiri, Nabi Ismail as, merupakan sebesar dan sehebat tanda taat dan sayangnya Baginda kepada Allah swt, mengatasi cinta dan kasih terhadap selainNya. Hanya para Duat yang sebegini sahaja yang dapat menghadapi godaan dan tarikan dunia yang tidak putus-putus cuba mengheretnya tergelincir dari Jalan Dakwah yang lurus.

Ketaatan Nabi Ismail dan ibunya Hajar dalam mendokong keputusan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah yang sangat berat ini adalah sebesar dan sehebat tanda dan kualiti Bait Muslim yang dibina oleh Kekasih Allah as. Kita para Duat dituntut membina Keluarga Islam (Bait Muslim) sedemikian sempena kita menyambut Hari Raya Korban ini.

Hati kita hanya satu. Kekasih yang bertahta di dalam hati kita juga hendaklah satu. Allah tidak menjadikan dua hati didalam diri seseorang itu. Samada Allah swt bertahta di dalam hati kita, atau dunia yang akan bertahta di dalamnya. Apa bila dunia bertahta seperti wanita, harta, anak, duit, kereta, banglo, tanah dan sebagainya, seseorang Daie itu hanya menunggu masa dan ketika untuk dia terkeluar dari senarai para Mujahideen dan Duat di Jalan Allah. Banyak kejadian sedemikian berlaku di hadapan kita menjelaskan lagi hakikat tersebut.

Jangan kita memberi alasan bahawa sifat pengorbanan sedemikian sudah tentu ada pada Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as kerana mereka berstatus rasul sedang kita hanya manusia biasa. Tidakkah kita perhatikan bahawa Hajar bukan seorang nabi atau rasul. Dia adalah menusia biasa seperti kita. Namun iman dan ketaatannya kepada Allah dan suami sangat teguh berbanding dengan ramai manusia yang warak pada hari ini. Kisah keimanan dan ketaatan para Sahabat ra yang bukan berstatus nabi atau rasul juga mencabar kita yang berstatus manusia biasa seperti mereka untuk mencapai kualiti iman dan pengorbanan seperti yang telah mereka tunjukkan.

Kita sentiasa ingat bahawa Allah swt menarik balik arahan sembelih Nabi Ismail as dan ditukar kepada sembelih seekor kambing hanya apabila pisau yang pegang oleh Nabi Ibrahim as telah hampir ke urat leher Nabi Ismail as, sedang hati Nabi Ibrahim as sedikit pun tidak teragak-agak untuk meneruskan sembelihan tersebut. Begutu juga Allah swt membelah dan membuka Laut Merah untuk dilintasi oleh Nabi Musa as dan kaumnya bukan ketika Firaun dan bala tenteranya masih berada di kota, akan tetapi laut tersebut dibuka apabila bala tentera tersebut telah tampak di depan mata dan mereka menyangka mereka akan ditangkap kerana tidak ada jalan keluar. Ini bermakna Allah swt akan menguji kita sendiri dengan ujian yang akan sampai ke tahap tidak tertanggung oleh kita yang hanya disaat itu juga datangnya Kemenangan yang dijanjikanNya. 

Oleh itu kejayaan yang kita impikan untuk Dakwah ini tidak mencaai kemuncak kejayaannya tanpa kita berusaha sedaya mungkin hingga ke tahap yang ditunjukkan oleh Rasul-rasul yang terdahulu. “Hingga apabila Rasul-rasul hendak berasa putus asa (lantaran maksimanya tenaga yang dicurahkan dan minimanya hasil yang dapat), mereka menyangka mereka benar-benar telah dibohongi (beria dan janji mereka akan menang diakhirnya nanti, tetapi ketika itu mereka tidak mengecapinya), (ketika itu) datanglah Kemenangan (dari) Kami” (Al-Quran).

Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Tidak ada amalan anak Adam yang paling disukai Alllah di Hari Nahar (10 hb Zulhijjah) selain dari menyembelih atau berkorban binatang. Sesungguhnya haiwan sembelihan itu adakan datang di Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya (sebagai saksi terhadap amal korban tersebut). Sesungguhnya ibadat (pahala) korban berkenaan akan sampai kepada Allah sebelum darah sembelihan itu sampai (tumpah) ke bumi“. Bagi mereka yang mampu, jadikanlah ibadat korban ini sebagai salah satu syiar Islam yang berkembang di dalam masyarakat kita.

Posted by GAMIS on 8:00 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Aidiladha : Memperingati Pengorbanan & Kemuliaan

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya