UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Kami bukan ‘hampas’, tapi santan

“Kalau kita terus menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara, yang tinggal di universiti dalam negara hanya pelajar ‘hampas’, jadi macam mana universiti kita hendak mencapai tahap yang lebih baik” Prof. Dr Zaini Ujang, Naib Canselor UTM.

Begitulah bunyinya kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Naib Canselor yang pernah mengkritik keras usaha menaikkan ranking universiti yang dilakukan oleh Universiti Malaya sebelum daripada ini. Kenyataan ini dikeluarkan dalam Utusan Malaysia. 

Saya melihat kenyataan dikeluarkan sangat prejudis kepada mahasiswa dalam Negara. Ukuran cemerlang digunakan oleh beliau tidak mempunyai indikator yang nyata kerana jika mahu dinilai pencapaian akademik, mahasiswa dalam negara juga punyai status yang begitu cemerlang. Perkara yang menjadi pertimbangan kita ialah, universiti luar Negara berada pada ranking yang baik bukan kerana pelajar cemerlang MALAYSIA yang belajar disana, tetapi sistem dan ‘governance’ yang dilaksanakan disetiap universiti.

Persoalannya, adakah kemudahan dan infrastruktur universiti kita sama dengan universiti maju di luar negara? Bagaimana pula dengan keupayaan pensyarah mereka yang boleh menghasilkan tesis “ISI Jurnal” yang menjadi alat penilai utama dalam menetukan rangking sesebuah universiti? Tidak lupa juga kita perlu bercakap sejauh mana mahasiswa dalam negara bebas bersosial dalam aktiviti politik, ekonomi dan budaya sedang mereka masih dibelenggu dengan AUKU. Apa yang nyata ialah mahasiswa dalam Negara cuba dan berusaha keluar dari kepompong ketakutan akta dan sekatan ini dengan aktivisme yang dilakukan dan ini menjadi pembeda yang nyata dengan mahasiswa diluar negara.

Jika mahasiswa dalam negara digelar ‘hampas’, bagaimana pula pensyarah dan Naib Canselor universiti dalam Negara? Tidak ada hampas jika tiada ‘ayam’ yang mamatuknya, maka santannya hanya dimakan oleh manusia. Takkan kita nak gelarkan pihak universiti dalam negara ini sebagai ayam? Tidak sama sekali. Melihat kepada kualiti mahasiswa dalam dan luar negara, ianya suatu yang subjektif dan susah diukur.

Kualiti sebenar mahasiswa adalah sejauhmana mereka boleh memberi sumbang saran kepada pembangunan Negara dalam semua sektor, lebih-lebih lagi semasa mereka masih belajar.

Hari ini, slogan mahasiswa adalah rakan kepimpinan negara, namun dimana suara mahasiswa dalam penetapan setiap dasar negara? Pernahkah mahasiswa turut sama dipanggil untuk memberikan idea dalam bajet tahunan yang disediakan? Jika dilibatkan mahasiswa dalam idea perancangan bajet, nescaya cadangan membaiki rumah Perdana Menteri bernilai RM 65juta dan Menara Warisan RM 5billion tidak akan diterima.

Sepatutnya proses muhasabah untuk mencari punca dan faktor penentu kepada pencapaian sebuah universiti mesti dibuat secara holistik. Paradigma mahasiswa dalam negara sebagai mahasiswa kelas kedua mesti dilempar keluar kerana universiti dalam negara juga pernah melahirkan pemimpin Negara dan tokoh terkenal yang ada pada hari ini. Mesti diingat, mahasiswa adalah aset kepada Negara, bukan kerana segmentasi goegrari kami dipinggirkan. Jangan hanya menyalahkan mahasiswa semata-mata, sebaliknya falsafah pendidikan tinggi mesti dinilai kembali, dasar dan akta mesti disemak semula.
Mahasiswa hanyalah sebiji kepala, yang akan menentukan ianya menjadi santan atau hampas ialah mereka yang memerah dan yang memprosesnya. Jika prosesnya betul, maka santanlah natijahnya, jika tidak sebaliknya. Saya rasa Naib Canselor UTM perlu memohon maaf kepada mahasiswa dalam negara atas kenyataan yang dikeluarkan.

Penulis adalah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia ( GAMIS )

Posted by GAMIS on 5:07 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

3 comments for Kami bukan ‘hampas’, tapi santan

  1. ada beberapa sumber mengatakan sesetengah system universiti di sesetengah negara jauh berbeza dari m'sia..ad sumber pelajar luar sndiri mengadu bahawa xams meraka boleh cari jwpn dr intrnet seblom masuk xam hall..dan ad juga jenis system passing marks ikut favour lecturer by subject...jd kondusi di dlm negara dan luar amatlah berbeza..dan pasti keduanya mempunyai pro n cons sndri..jd x leh nk ukur hampas dgn santan dgn indicator mahasiswa dlm negeri dan luar negeri..semua pun rezeki.

  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya