kematian adik saiful, apa ceritanya?
isu semasa, terkini 2:15 PTG
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENAR
Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.
Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )
Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.
Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.
GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.
rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri
sume paper ta ley caya...
Firman ALLAH SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"
(QS 49:6)
Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: â€Å“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.†(Surah al-Baqarah, ayat 191)
Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat.
Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: â€Å“Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.†(Hadis riwayat Muslim)..
ALLAHUA'LAM......
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Betul..isu ni jgn dipolitikkan!! Eh2 tapi kes teoh beng hock tu camne pulak ek? smpai skrg blum pasti lagi keputusan..tapi dah ada parti politik mcm da jatuhkan hukuman mmg pegawai SPRM menjadi punca kematian mediang..rasanya isu yg ni pun x perlu dipolitikkan sgt kot...tak baik tau fitnah org
apa motif tulis akhbar itu tak leh percaya akhbar ni tak leh caya? habis tu statement GAMIS ni boleh percaya 100% ke? GAMIS ada buat siasatan terperinci ke?
yang betulnya, serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Tak yahlah suka-suka tuding jari..
ada betul jg...kenapa pihak sekolah x menangkis apa yg media ckp? sbb kalu diam maknanya kita teerus membenarkan cerita ni terus berlegar di fikiran masyarakat
saya ...atas pagar jelah yea..., sbb dulu.. adik saya pernah sekolah pondok kat perak. yg 7 yrs mmg ade. saya tgk bdn budak tu berbirat2 kesan libasan. adik saya kata ustaz pukul dgn getah paip sbb budak 7 yrs tu culas mengaji . saya mmg CUKUP TAK PUAS HATI. Only 7 yrs taw, y sampai berbirat2 dipukul? entahlah till then..saya cam skeptical sket towards sekolah pondok nie.....
Kalau kita dah pernah berada dalam kelompok2 tertentu, kita yakin dengan kesahihannya..Saya setuju dengan GAMIS..Media selalu lebih2 kan berita..Berita Fasiq...cerita artis apatah lagi..lagi fasiq..sebagai orang berakal, mestilah kita boleh fikir n cari sumber2 yang boleh membuktikan kebenaran..takkan tu pun takleh nak fikir..Hanya orang yang tak berakal je akan jadi pak turut...Ada otak tapi takleh nak fikir..Apa beza dengan haiwan???At least haiwan pun ada kelebihan masing2..Allahu a'lam
saya atas pagar lagi.. hurm.. laporan gamis ni pun mengelirukan jgk..
i just wondering.. knape pihak sekolah or kawan baik ustaz tak buat laporan polis.. jadi saksi (biar rasmi.. setakat crite belakang susahla..)if btul the ustaz tak salah.. lagi teruk org yang tahu kebenaran cerita diamkan diri rite? biarkan org lain mengata org yg tak salah.. pic adik saiful tu pun ader kesan lebam? Kematian murid sekolah agama persendirian di Jejawi disahkan berpunca daripada 'hypoxic seculae' atau kekurangan oksigen pada otak disebabkan tekanan benda lembut pada leher. takkan mengurung pelajar sahaja boleh menyebabkan tekanan lembut pada leher or menyebabkan kekurangan oksigen? bilik tidur ustaz tu kedap udara ke? selama ni ustaz tidur kat situ elok je? then knape bapak dier buat laporan polis? semestinya sebab perlakuan melampau telah berlaku? rite?
side lainnyer.. mungkin adik ni asthma kot.. ustaz dier tak tahu.. so kurung dier dlm bilik.. dier takut.. then tetiba asthma sampai kekurangan oksigen.. maybe la kot..
wallahualam... semoga Allah tunjukkan siapa yang betul.. yg org len jgn pasal satu artikel.. satu laporan.. cepat sgt nak cayer.. selidik la dulu..
Firman ALLAH SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" (QS 49:6)
Laporan GAMIS ni boleh percaya ker..?? Kalau setakat pergi terjah macam melodi baik tak payah. Panglima pun boleh buat. Lain la kalau Majlis Tertinggi GAMIS buat bedah siasat budak tu untuk tengok punca kematian. Lawak la GAMIS ni. Nampak macam nak mengampu dan membenarkan perkara yang salah.
dik-adik GAMIS,
julanglah Islam dan bukannya parti.
julanglah kebenaran dan bukannya politik.
berbahas dengan ilmu yang ada dan bukan semata-mata bahas kosong.
kalau tiada ilmu perubatan, cuba-cuba timbang pendapat tuan doktor pakar dari ireland kat facebook tadi.
saya bersetuju kalau dikatakan samada UMNO atau PAS, selidiklah sesuatu dengan niat mencari kebenaran. dan untuk, carilah padanan rujukan ilmu yang bersesuaian.
paling penting mungkin, janganlah hendaknya dipolitikkan sesuatu yang tidak pernah dipolitikkan oleh mana-mana media.
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. moga dijauhi kita dari sesuatu bersifat fitnah, atau berbentuk peribadi ataupun sekadar bertujuan 'memenuhi bai'ah' yang tidak menguntungkan Islam.
Saya tidak bersetuju dengan GAMIS ada kah mereka Pakar perubatan atau pembuat fitnah? mereka ke sana mencari kebenaran atau memperjuangkan politik parti tertentu? Biar pihak berkuasa dan pakar perubatan membuat siasatan dan segala lapuran sebenar akan di bongkarkan. Saya naik fed up tiap kali apa-apa isu ada saja mereka ingin menjadi juara politik hingga melupakan penderitaan orang lain. Jika tidak benar apa yang di lapurkan buat lapuran Polis dan heret mereka ke muka pengadilan.
kalau la betul ustaz tu difitnah..mane pengakuan ustaz tu?kenapa tidak mengambil tindakan mahkamah kepada akhbar2 arus perdana??
"Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superintendan Nashir Ya, berkata pakar patologi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar mengesahkan punca kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee disebabkan hypoxic seculae akibat tekanan benda lembut di lehernya."
hypoxic seculae akibat tekanan lembut di leherya...macam mane tu?TEKANAN LEMBUT di lehernya??adakah supritendan nashir ya dan pakat patologi juga menipu?
disini jelas sape yg mempolitikan perkara ini...adakah bnda ini dtg dri pihak pas maka syp begitu sahaja?mengapa tidak dibuat demotrasi seperti memperjuangkan beng hock??
semua benda yg dtg dr pr,semuanya baek2 belaka...xde makhluk yg sempurna selain junjungan besar kita...jgn membabi buta menyokong sebelah pihak dah senang2 menjatuhkan hukum 'fitnah'....
assalamualaikum..harap admin x delete komen ni..:)
Usah dikaitan dengan politik. Perkara utama ialah satu nyawa kanak-kanak 7 tahun melayang disebabkan faktor kelemahan tertuduh. Samada tertuduh pukul, ikat, kurung atau dera.. semuanya salah. Pengajar (guru) terlatih tidak akan melakukan perkara tersebut. Pelajar terutama kanak-kanak perlu dilayah macam anak sendiri. Apatah lagi anak yatim. Jika dia mencuri sekali pun, adakah 'ustaz' tersebut memikirkan/menyiasat kenapa budak 7 tahun mencuri?. Menggunakan perkhidmatan guru-guru yang tidak bertauliah ini akan mencemarkan institusi perguruan.
GAMIS: kalau setakat nak cari populariti je x payah la nak sibuk2 buat spekulasi.. korang ada wat bedah siasat ke budak tu? mungkin tengok mayat arwah pn tak.. sekarang ni budak berumur 7 tahun kehilangan nyawa.. apasal pulak nak kaitkan dgn politik? korang nak anak korang nnti hilang nyawa bgtu je then org lain sibuk plak nk kaitkan dengan politik?? budak 7 tahun sepatutnya di didik selari dengan keupayaan mental n fizikal untuk budak berumur 7 tahun.. mmng boleh mnghukum bila budak buat salah.. tp buatlah dgn cara yg baik.. niat umtuk mengajar bkn melepas geram.. title ustaz tu buang je ke longkang kalau mendidik pn budak 7 tahun pn x reti.. wat malu umat je..
maybe kurung selama 2 jam tu la yang buat dia kurang oksigen. tapi wallahua'alam. kita tak boleh menghakimi orang lain, sbb kita takda kat situ pun waktu kejadian.
Kalau sekolah agama tu BN yg punya, pun kena tarok kaw kaw jugak....sama aje....
Ustaz tu ttp jgk bersalah sbb mengikat tangan adik saiful selam 2 jam dlm bilik dan ditinggalkan bersendirian tanpa sebarang pengawasan.Tau je budak kecik, if dah ditinggalkan bersendirian, mcm2 benda boleh jd.Mesti dia berada dalam ketakutan sehingga menyebabkan pelbagai implikasi buruk yg terjadi.
Dan satu lagi, pihak media tidak hanya sekadar serkap jarang, diaorg hebahkan cerita melalui bukti dari pihak hospital dan pihak yg lebih mengetahui, bkn dari pihak yg sekadar cuba untuk cari publisiti murahan.
Dan kawan kpada si ustaz ni pun bukannnya tahu akan hal sebenar.Dia just ada time adik saiful berada dalam keadaan yg dah teruk.Hanya pihak Doktor dan pihak hospital serta forensik yg boleh mengesahkan punca kematian adik saiful.Kenyataan di atas seperti je membela pihak tertuduh.
Budak kecik usia 7 tahun tak layak untuk diikat dan dihukum sedemikian rupa walau apa pun kesalahannya.Banyak lagi cara lain yg lebih matang untuk menyedarkannya.
Harap tak ada kejadian sebegini yg dilakukan di negara kita.Yg bersalah harus dikenakan hukuman yg setimpal sbg pengajaran kepada semua org di masa hadapan.
Semoga roh adik saiful bersemadi dgn tenang.
setakat gambar dan temubual yg kita tak dengar sendiri dari keluarga mangsa..itu tak bole membuktikan Ustazz tu tak bersalah.. plot cerita penulis pon nmpknya huru hara sedikit..kedepan dan kebelakang.. mana kesahihannya hanya melihat gambar yg berdiri?? mintak maaf erk penulis.. ditekan dgn benda lembut dileher hingga oksigen tk sampi ke otak dan berlaku pendarahan..kita dah bole bayangkan betapa seksanya arwah menahan azab.. tak kan antoo kak limah yg cekik kot.. tunggu siasatan forensik.. yg bersalah tak kan terlepas.. Al_Fateha utk adik saipol
admin punya tulisan lebih terjurus kepada sebuah parti politik. kalau admin nk adil,jgn campurkan dengan politik. admin cuma dapatkan cerita dr satu pandangan. cuba dapatkan cerita dari pihak polis dengan hospital. tidak adil kepada arwah adik saiful. Jangan membuat apa2 andaian. cuba berfikir sebagai seorang yang berpelajaran. Media cuma laporkan apa yang berlaku. Harap admin dapat membaiki laporan admin dan tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana admin tiada bukti yang kukuh. pada masa hadapan, harap tulisan admin bebas dari politik dan laporan mesti adil kerana kalau laporan admin x betul,ramai orang akan salah anggap dan boleh di katakan admin telah menjaja satu cerita yang palsu. Allah Maha Mengetahui.
Ambik kaw GAMIS...
korang semua pun sama.. xtahu apa2 tapi nk ulas macam2.. bek diam jer n tnggu pihak berwajib yg siasat...
Aku tak percaya 100% cerita dari suratkhabar tapi akupun tak boleh lah percaya 100% cerita sebenar yang datang dari ustaz waqar tu. Aku petik sikit pos kat atas tu yea:
"CERITA SEBENAR
...Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang..."
Soalan aku:
1. Kenapa GAMIS terus percaya ustaz waqas?
2. Ustaz waqas jadi pemerhati ke sepanjang peristiwa tu?
3. Ustaz waqas dapat cerita sebenar dari siapa pulak? Ini kan dah kira ulasan sebelah pihak, boleh terus jadi cerita sebenar ke?
4. Kalau aku panggil rakan sekelas arwah adik saiful (budak-budak tahap menipu peratusannya kecik sikit) dan dapatkan cerita sebenar versi budak-budak pulak, pun boleh jadi satu cerita sebenar yang lain; kan?
Saya Shamsul Munir safini wartawan yang melawat mangsa sehari sebelum dia maut dan membuat laporan berkenaan kes ni.
Semua kenyataan yang dikeluarkan adalah pengakuan suspek yang berada ditempat kejadian termasuk arwah ketika dia disoal siasat polis dan bukan macam penulis yang ambil kenyataan daripada mereka yang takdak kat dalam bilik ketika kejadian.
tepuk dada tanya selera. jangan terlampau fanatik sampai lupa batas kebenaran
Macam2 ado..tak taulah yang mana betul atau salah..Diam2 sudah..harap perkara yang sama takkan berlaku dan berulang lagi..
teringat kate bos yg pernah blajar kat Pakistan..bebudak sekolah pondok kat sna selalu dan boleh dikatakn ari2 kena rotan utk blajar agama. siap kena rotan kat lidah lagi..penderaan kanak2 ke apa tuh?
setuju dengan akmafaizal. itu belum masuk kena keluar ke beberapa negeri untuk menjual kalendar dan ayat2 al-quran.. mak ayah hantar mereka ke sekolah untuk belajar.
Bila isu ini dipolitikkan? Dan siapa yang mula mempolitikkan? Sila baca surat khabar untuk tahu siapa yang mula politikkan isu ini. Apa yang dilihat catatan ini tidak mempolitikkan tetapi mempersoalkan kesahihan laporan surat khabar tersebut.
Bab "adik saya / sesiapa saja kena rotan" itu sesiapa saja boleh kata malah disekolah kerajaan pun wujud deraan dan kes rogol yang dilakukan oleh guru terhadap pelajar.
Kes beng hock memang kes politik sebab kajian ke atas beng hock pun sebab ia ahli politik.
Usah persoalkan usaha GAMIS mencari kesahihan kalau diri sendiri hanya goyang kaki dan berhujah atas bacaan di surat khabar.
Sekolah pondok yang menjual kalendar tu mungkin sebab anak yatim dan tiada dana untuk pendidikan. Lagi pun ada pihak yang menyamar guna sekolah pondok untuk raih simpati.
Korang pun xtahu apa2,ulas bersandarkan bacaan surat khabar saja.
x salah untuk mencari kebenaran. tp biarlah pihak yang berwajib menjalankn tanggungjwb secara menyeluruh. tidak boleh untuk membuat andaian dan kesimpulan dengan hanya mendapat maklumat yang sedikit dan tidak secara menyeluruh - wallahuaklam
Org Malaysia zaman sekarang sudah bijak menilai...Mereka tahu membezakan sesuatu isu itu dipolitikkan oleh mana-mana media.Dalam isu ini saya tak fikir laporan media berunsur politik...media melaporkan berdasarkan laporan perubatan hospital.Saya berpendapat laporan Gamis ni lebih risaukan institusi sekolah pondok terjejas disebabkan isu ni..