Wacana "tolak politik jijik" Mahasiswa dan rakyat Malaysia di jemput hadir
isu semasa, terkini 10:39 PTG
KUALA LUMPUR, 13 April: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Pusat akan menganjurkan satu wacana mahasiswa dan rakyat(siswarakyat) yang bertemakan “Tolak Politik Jijik”.
Wacana tersebut dijadualkan pada hari Khamis ini, 14hb April 2011 jam 7 malam di Dewan Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ), Petaling Jaya Selangor.
Menurut Ketua Penerangannya, Mohd Yusof Hadhari, GAMIS mengambil inisiatif tersebut kerana melihat kepada situasi politik di Malaysia yang berada dalam keadaan yang sangat bercelaru. Suasana yang wujud dari perkembangan politik kotor pada hari ini harus dihentikan dengan prinsip yang tegas.
“Kesan kepada budaya politik kotor ini sangat teruk untuk generasi yang mendatang. Maka GAMIS berasa tidak pelik kenapa anak muda pada hari ini menolak politik dalam Negara kerana mereka cukup muak dengan budaya politik yang melampau diamalkan oleh politikus di Malaysia hari ini. Budaya politik jijik ini juga membuatkan generasi muda menjadi lali dengan isu seks sedangkan sebuah negara yang bermaruah menuntut rakyatnya bermoral dan beragama.
Menurutnya, GAMIS akan bawakan perbincangan wacana politik Negara dengan perbincangan akademik dan juga fakta daripada tiga orang panel iaitu panel pertama Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin Pensyarah USM, dan juga bekas MUFTI. Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dato' Dusuki merupakan Naib Presiden PERKASA dan Dr Zuhdi Marzuki daripada Pengarah Institut Kajian Dasar DPPP. Wacana tersebut akan dimoderatorkan oleh Presiden GAMIS, saudara Ahmad syazwan.
Wacana akan dimulakan dengan solat maghrib dan diikuti dengan solat hajat.
Sehubungan itu, GAMIS menjemput semua mahasiswa dan rakyat Malaysia untuk hadir ke program itu.
Posted by GAMIS
on 10:39 PTG.
Filed under
isu semasa,
terkini
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0