UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Pindaan Perlembagaan BN : Peluru Awal BN Untuk PRU 13

Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia menyambut baik perkembangan BN yang sedang dalam usaha meminda perlembagaan parti itu untuk bersifat lebih terbuka. Konvensyen BN yang akan berlansung pada November ini akan menjadi menentu samada idea tersebut bakal terialisasi atau tidak. Saya berpendapat BN memilih masa yang sangat tepat untuk membincangkan perubahan tersebut memandangkan gelombang PRU 13 semakin terasa dalam kalangan rakyat.


Pindaan Perlembagaan : UMNO ingin lebih berkuasa.

Antara cadangan yang menarik perhatian saya ialah penubuhan Anggota Bersekutu, Anggota Gabungan, kelab sahabat BN dan Rakan Muda BN. Pada hemat saya cadangan-cadangan tersebut merupakan peluru awal yang dilepaskan oleh BN untuk menghadapi PRU 13 yang akan datang. Saya akui langkah yang diambil oleh BN ini merupakan satu pembaharuan yang baik dan sihat untuk masa depan BN. Namun saya juga secara peribadi berpandangan langkah ini lebih memberi manfaat kepada UMNO sebagai parti yang paling dominan di dalam BN. Dengan situasi parti kompenen BN yang pada hemat saya masih ‘bercelaru’, saya kira perubahan ini akan memberi peluang kepada UMNO untuk mengukuhkan kedudukan dalam BN terutamanya dalam aspek kuasa terhadap ahli. Persoalannya ialah siapakah yang akan menjadi sumber kuasa dalam BN yang akan dijadikan kiblat rujukan oleh angota bersekutu mahupun anggota gabungan?. Jika benar pindaan ini bakal memberi faedah besar kepada UMNO, saya kira pindaan tersebut hanya sihat untuk PRU 13 tetapi tidak untuk jangka masa panjang bagi BN.

NGO Perlu Bebas. Jangan Khianati Kepercayaan Rakyat.

Cadangan untuk mewujudkan Anggota Gabungan juga pada pandangan saya merupakan salah satu cabang kaedah yang ingin digunakan BN untuk memulihkan kedudukan mereka di sisi rakyat. Bagi saya agak mustahil cadangan itu timbul ekoran permintaan daripada NGO sendiri. Saya kira NGO perlu sedar bahawa dalam keadaan rakyat berbelah bagi untuk menentukan kecenderungan politik mereka, NGO perlu menjadi orang tengah sebagai tempat rujukan rakyat. NGO perlu menjadi batang tubuh terakhir yang memelihara kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi Negara. Apa juga niat murni yang disasarkan Barisan Nasional untuk masa hadapan, memadai NGO sebagai kumpulan yang menilai dan membantu jika perlu. Namun dengan penggabungan dengan BN saya pasti matlamat asasi NGO akan tersasar jauh ekoran terjebak dengan kepentingan politik BN yang pada pandangan saya sudah mendapat semangat baru hasil daripada kejayaan di Galas dan Batu Sapi. NGO perlu menjaga peranan mereka sebagai alternatif tempat untuk rakyat bersandar. Sifat non-partisan NGO selama ini cukup dihormati rakyat, maka saya kira keterlibatan dengan parti adalah satu pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.

Anak Muda Akan Minat Politik, Tetapi Hapuskan Dulu AUKU.

Saya tidak berminat untuk mengulas lebih lanjut mengenai semua cadangan di atas. Namun saya amat tertarik untuk menambah sedikit pandangan berkaitan cadangan untuk menarik golongan muda untuk lebih mendekati BN. Siapakah sebenarnya anak muda yang ingin diberi tumpuan oleh BN?

Masih adakah golongan lain yang boleh BN harapkan untuk memimpin Negara selain daripada Mahasiswa?. Maka apakah sebenarnya laluan yang akan digunakan oleh BN untuk mendekati anak muda sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan yang dikuasai BN sendiri masih membiarkan akta zalim AUKU terus mengikat mahasiswa.

BN sepatutnya dengan kuasa yang ada sebagai kerajaan memansuhkan AUKU yang selama ini telah mematikan idealisme anak muda sebagai tenaga penting bagi Negara. Anak muda akan berfungsi sepenuhnya jika AUKU dihapuskan justeru tidak sekadar memberi faedah kepada entiti politik bahkan Negara juga bakal mendapat faedah yang berganda.

Secara kesimpulan, saya sifatkan perkembangan terbaru dalam BN ini merupakan satu tindakan agresif ke arah memulihkan populariti BN dalam kalangan rakyat Malaysia. Tsunami politik 2008 cukup meresahkan BN sehingga rakyat semakin meragui kemampuan BN yang selama ini dianggap sebagai parti tunggal yang boleh memerintah Malaysia. Maka mahu tidak mahu BN terdesak untuk mendapat kepercayaan rakyat dalam usaha mereka menguasai semula kuasa majoriti 2/3 dalam dewan rakyat.


AHMAD SYUKRI B. AB RAZAB -KUIS

Pengerusi Majlis Politik Nasional


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia



Posted by GAMIS on 4:46 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Pindaan Perlembagaan BN : Peluru Awal BN Untuk PRU 13

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya