Pengenalan Gamis

Nama Pertubuhan.
Nama pertubuhan ini ialah Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia atau akronimnya “GAMIS”.

Visi
Menerajui gerakan mahasiswa Islam berteraskan syariat ke arah menjana masyarakat berintegriti.

Tema
Merakyatkan Gerakan, Memaknakan Mahasiswa


Dasar dan Keutamaan.
Dasar dan Keutamaan GAMIS ialah Islam dengan berpegang kepada aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah bersumberkan rujukan tertinggi iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijma’ dan Al-Qiyas.

Perjuangan.
Perjuangan GAMIS ialah proaktif menyuarakan pandang sisi mahasiswa sesuai dalam usaha menjadi entiti third voice dan check and balance melalui pendekatan siyasah dalam apa jua isu terutama berkaitan kepentingan dan kebajikan mahasiswa serta isu-isu fundamental negara ke arah mencapai بلدة طيبة ورب غفور

Agenda-Agenda GAMIS :

(1) Menyeru umat manusia kepada syari’at Allah dan Sunnah Rasulullah melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

(2) Menyebar dan menerangkan tentang perjuangan untuk menjadikan Islam sebagai aqidah dan syariah serta memperkenalkan Islam secara menyeluruh sebagai cara hidup kepada massa di kampus seluruh Malaysia dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang kehidupan.

(3) Membumikan dakwah, siyasah, tarbiyah dan ekonomi kepada semua melalui entiti GAMIS.

(4) Bekerjasama dengan mana-mana pihak yang tidak bertentangan tujuannya dengan Islam dan GAMIS bila mana dan selama mana ianya perlu, boleh memberi faedah dan sesuai sebagai mana yang diputuskan oleh Majlis Syura GAMIS. Walau bagaimana pun pandangan ahli adalah perlu diambil kira dalam hal memutuskan perkara yang berkaitan dengan kerjasama politik.

Posted by GAMIS on 11:53 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

1 comments for Pengenalan Gamis

  1. tolong linkan blog kami ke blog tuan dan rakan-rakan http://mindasiswakolejkomuniti.blogspot.com

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket