AL- Fatihah Buat Sahabat UKM


Salam takziah buat keluarga Siti Esah binti Mohamed, mahasiswi Tahun 3, Jabatan Syariah daripada Fakulti Pengajian Islam yang kembali ke rahmatullah pagi tadi disebabkan kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya yang berlaku petang semalam.

Allahyarhamah bersama rakannya sekuliah, Maisarah binti Ghazalli yang cedera parah akibat kemalangan tersebut dilaporkan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kelantan setelah tamat peperiksaan akhir di UKM. Mereka dilaporkan menaiki kereta Kancil ketika kejadian dikatakan merempuh sebuah lori treler di jalanraya Gua Musang semalam dan telah dikejarkan ke Hospital Kuala Krai. Siti Esah menghembuskan nafas terakhir di hospital tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Rakan allahyarhamah, Maisarah yang cedera parah akibat kemalangan tersebut diberitakan kini stabil setelah dilakukan pembedahan. Beliau dilaporkan mengalami patah kaki akibat kemalangan tersebut dan masih dirawat tetapi kini telah dipindahkan ke Hospital Besar Kota Bharu

Untuk makluman, allahyarhamah Siti Esah meninggalkan 8 orang adik-beradik dan ibunya yang bekerja kampung.

Dalam pada itu, pada hari yang sama semalam satu kemalangan maut turut meragut nyawa seorang mahasiswi UKM dari Kolej Ibrahim Yaakob. Saudari Hidayu Yaakob, 21 merupakan mahasiswi Tahun 2 daripada Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) UKM. Allahyarhamah yang menunggang motosikal seorang diri dikatakan dilanggar sebuah lori treler di Tanjung Karang semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Sekinchan semalam. Jenazah diberitakan telah dikebumikan pada malam semalam.

Gabungan Mahasiswa mendoakan semoga roh allayarhamah Siti Esah dan Hidayu Yaakob dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa. Kita juga mendoakan juga saudari Maisarah akan segera sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.

Gabungan Mahasiswa dalam pada itu turut menyeru rakan-rakan mahasiswa agar menjaga keselamatan diri semasa pulang bercuti ini. Elakkan daripada memandu dan menunggang motosikal sekiranya tidak perlu. Pastikan juga rakan-rakan mendapat rehat yang cukup sebelum melakukan perjalanan jauh.

Al-Fatihah.

Posted by GAMIS on 2:21 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

2 comments for AL- Fatihah Buat Sahabat UKM

  1. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'uun..

  2. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'uun..semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket