Nik Hafriz kembali ke rahmatullah


Pelabuhan Klang, 11 Sept - Mantan exco Perhubungan Awam, Maaruf Club, Universti Islam Antarabangsa (MC UIAM), Nik Hafriz Affiq bin Mohd Ghazali, pulang ke rahmatullah di rumahnya pagi semalam.

Beliau meninggal dunia selepas bersahur untuk menunaikan puasa sunat Syawal.


Nik Hafriz (gambar) adalah mahasiswa tahun akhir jurusan Pendidikan dan Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Muhammad Aklil, Hafriz baru sahaja bersamanya menyertai program anak negeri Selangor akhir bulan Ramadhan baru-baru ini.

Aklil yang merupakan rakan rapatnya berkata, Hafriz baginya adalah seorang sahabat yang sangat baik dan tegas serta komited di dalam pengajiannya. Beliau yang menuntut dalam universiti yang sama selalu terlibat di dalam program bersama allahyarham.

Antara keluarga allahyarham yang hadir

Beliau sendiri tidak menyangka bahawa allahyarham pergi secara tiba-tiba.

Setiausaha Agung GAMIS, Mohd Aizat serta pengerusi Majlis Dakwah (MDK), Farhannaim antara pimpinan GAMIS yang menziarahi allahyarham di kediamannya.

Turut hadir, Presiden SRC IIUM, Muhammad Firwan Norliza, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Selangor, Mohamad Nawawi, serta beberapa rakan allahyarham yang merupakan rakan sekelasnya.

Farhannaim menyifatkan Maaruf Club kehilangan tokoh pimpinan yang sangat berjasa kepada dakwah di UIA.

"Beliau merupakan ketua yang sangat dedikasi" kata Farhannaim.

Jenazah beliau disolatkan di Masjid As-Sa'adah, Bandar Sultan Sulaiman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Uda, Jalan Melikei berdekatan bandar Pelabuhan Klang.

http://mygamis.blogspot.com

Posted by GAMIS on 8:30 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

3 comments for Nik Hafriz kembali ke rahmatullah

  1. Salam ziarah.

    1. Saya mewakili semua mahasiswa UIAM Kuantan merakamkan setinggi-tinggi ucaan takziah buat keluarga diatas pemergian allahyarham pada pagi 2 Syawal 1431H.

    2. Sesungguhnya perginya beliau menghadap Ilahi merupakan titik akhir kepada seorang pejuang kalimah Allah dibumi UIAM Gombak yang tercinta.

    3. Beliau disahkan meninggal disebabkan penyakit jantung (Ischemic Heart Disease-IHD) yang menyerang beliau pada jam 5 pagi sebelum subuh yang mana beliau bercadang mahu berpuasa sunat Syawal pada paginya.

    4. Alhamdulillah saya bersama sahabat dari UIAM, Sdr Abd Razak Ahmad, Sdr Shamsul Akmar Sulaiman & Sdr Suhairil Izham Soraya dapat membantu bersama-sama menguruskan jenazah arwah sebagai bakti kami yang terakhir dan menyaksikan sendiri betapa beliau meninggal dalam keadaan baik (husnul khatimah)

    5. Terima kasih diucapkan buat semua yang hadir semasa upacara pengebumian, Presiden MPP UIAM, Sdr Muhammad Firwan Norliza, Presiden Persatuan Pelajar Pendidikan, Sdr Ahmad Abdussalam Husni dan bekas pimpinan Maaruf Club UIAM Sdr Ahmad Huzaifah. Juga wakil dari GAMIS, Sdr Mohd Aizat Mohd Salleh & Sdr Farhannaim. Semoga Allah rahmati kalian.

    "Setiap yang bernyawa pasti akan mati"

    MUHAMMAD AKLIL BIN AYOB
    NAIB PRESIDEN 1,
    MPP UIAM 2009/2010
    www.srckuantan.blogspot.com

  2. Assalamualaikum w.b.t

    Saya mewakili seluruh ahli keluarga NIK HAFREEZ AFFIQ BIN MOHD GHAZALI merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas jasa baik sahabat-sahabat arwah yang telah banyak membantu kami sekeluarga dalam melancarkan perjalanan arwah menemui Rabbul Izzati pada 3 Syawal 1431H.Sesungguhnya arwah sangat bertuah kerana mempunyai sahabat yang baik seperti kalian semua.Jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya,insya Allah..amin.Selamat maju jaya dalam perjuangan kalian dan semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita semua.Buat sahabat-sahabat,jemputlah ke teratak kami sekiranya ada masa terluang.Pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk kalian.Walaupun arwah telah tiada,kehadiran kalian membuatkan kami merasakan arwah masih ada di sisi kami.Perjuangan arwah telah terhenti di sini.Namun,perjuangan kita,masih belum selesai.Setiap yang hidup pasti akan mati kerana kematian adalah sesuatu yang pasti.Akhir kalam,jazakallah.Assalamualaikum w.b.t

  3. moga kenangan bersama Akh Hafreez terus kekal dlm ingatan. dikau mmg tiada gantinya..

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket