KOLUMNIS : GAMIS, membangun kompetensi kepimpinan



oleh : Mohd Zaiem Irsyad Bin Zainal Abidin*

Melihat pola gerakan Gamis pada dekad 2000-an, gerakan GAMIS rhythm rentak gerakan lebih kepada pertama, perekrutan dan pembinaan dari rahim tarbiyah dan yang kedua, fokus merubah undang-undang draconian yang telah mengongkong mahasiswa yakni AUKU dan undang-undang din level university sendiri. Telah banyak energi yang ditumpahkan pada pada rentak gerakan mahasiswa sebelum ini.

Sangat disalutekan dan dibanggakan, walaupun kita mempunyai kerajaan yang sengaja buat pekak badak dan sengaja membutakan matanya terhadap aspirasi mahasiswa, kita tidak pernah frust dan tension untuk berhadapan dengan sikap kerajaan yang sebegitu rupa. Dan kadang-kadang ada satu perkara yang kita jangan sampai terlupakan, salah satu idealisme sebagai fungsi director of change dan social control kepada masyarakat kita kurang mainkan, lebih-lebih lagi dalam membangun human resource untuk mempersiapkan pemimpin masa depan kurang dioptimakan dek kerana sering mainkan student parliamenter,.

Kadang-kadang kita lebih focus kepada isu yang berlingkar pada diri sendiri, sehingga melihat GAMIS adalah seperti melihat pembangkang. Dalam masa yang sama ini adalah salah satu persepsi baru yang akan mematikan sebahagian idealisme mahasiswa itu sendiri, doktrin ini tiada bezanya seperti AUKU. Dan kader-kader GAMIS perlu keluar daripada fenomena yang boleh mengikat dan menghambat perjalanan gerakan GAMIS ini.

Untuk format kader-kader mahasiswa kali ini, penulis melihat Gamis harus mengembangkan dan memberdayakan kepakaran ahli GAMIS . Inilah dinamakan sebagai political value dengan membangun political content. Berkeinginan dan mempunyai rasa jiwa besar untuk melihat Malaysia ini menjadi Negara yang bermartabat dengan mahu melihat rakyat lebih sejahtera, mahu mempunyai undang-undang dan institusi kehakiman yang lebih bermartabat dan berkeadilan, optimis membangun kestabilan politik yang kukuh, menyeluruh dan terjangkau dan mewujudkan Malaysia di mata dunia yang lebih berwibawa.

Kader-kader ini bergerak mengikut sesuai dengan kompetensi dan kepakaran yang dimilikinya. Seperti dari kedoktoran memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat sekaligus dalam masa yang sama menggantikan capital healthy yang sedang melanda masyarakat akibat kerakusan kerajaan memberikan pemonopolian kepada bidang kesihatan, GAMIS melakukan training kepada ahli-ahli supaya menjadi pengusaha atau bisnesmen yang hebat dan dalam masa yang sama mampu menyaingi aktiviti kapitalis dan dalam masa yang sama memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat dan masyarakat, GAMIS membangun orang yang pakar di dalam advokat dan undang-undang supaya kader-kader dari GAMIS komited menegakkan keadilan dan mampu membaiki sistem hukum dan undang-undang di Malaysia ini, termasuk juga GAMIS perlu membangun perancang-perancang ekonomi yang handal untuk membangun ekonomi Negara yang mengutamakan kemaslahatan rakyat dan meletakkan kesejahteraan rakyat. Di masa depan GAMIS juga mahukan jurutera-jurutera yang boleh merubah landskap pembangunan Negara kepada yang lebih baik, GAMIS memerlukan pendidik-pendidik yang serius dan cintakan generasi yang lebih baik, GAMIS juga memerlukan ustaz-ustaz yang komited dalam membangun tatanan umat ini kepada yang lebih Islami. Dan berbagai sektor strategis lainnya yang sangat diperlukan bagi membangun Malaysia yang lebih baik.

Dan dalam masa yang sama, setelah disiapkan kader-kader dengan sedemikian luar biasa rupa. Kader-kader GAMIS siap diserapkan di mana-mana kementerian-kementerian, di Universiti-universiti, agensi-agensi, GLC-GLC, sektor-sektor keamanan, R&D dan berbagai lagi sektor strategik Negara. Di sector-sektor itu, kader-kader GAMIS siap belajar dan terus belajar, serta tekun bekerja dengan amanah dan professional. Sehingga suatu masa nanti tiada siapa lagi yang dapat dipercayakan lagi untuk memegang tampuk kepimpinan jabatan tersebut melainkan kita. Maka, setelah itu, tiada lagi kata lain melainkan kita memainkan peranan sebagai seorang reformis yang melakukan misi-misi perbaikan dan membuat satu polisi baru ke arah yang lebih telus, adil dan profesional. Sekaligus, permasalahan-permasalahan yang melanda pada Malaysia ini dapat kita pecahkan dengan tuntas kerana adanya kader-kader kita dalam semua agensi-agensi.

Namun, GAMIS memerlukan satu manhaj, sistem dan kurikulum yang syamil dan dalam masa yang sama harus bersesuaian dengan jiwa dan semangat zaman. kurikulum yang bukan sahaja menyentuh keteguhan iman, Islam, ukhuwah, ruhiyyah dan semangat berharaki, tetapi juga manhaj yang mendidik kita erti professional dan integrity. Kurikulum yang membincangkan bahawa Negara kita harus menjadi negara yang bermartabat. Membincangkan tentang bagaimana kemandirian Negara dan bangsa baik dari segi ekonomi, politik, sosial dan budaya. Disamping tidak meninggalkan sedikit pun unsur tarbiyah dan pembentukan fikrah. Menurut Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, “ Sesungguhnya masa paling kritis dalam kehidupan umat dan bangsa-bangsa dan masa yang perlu mendapatklan perhatian serius adalah masa transisi dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Sebab itu, era manhaj baru dibuat, langkah-langkahnya digariskan dan kaedah-kaedah yang akan dijadikan dasar dan landasan dibangunkan. Kerana itu bila kaedah-kaedah dan system-sistem ini jelas, baik dan berkualiti hendaklah umat bergembira dengan datangnya kehidupan yang panjang dan amal mulia yang selalu dikenang (Risalah Nahwan Nur)

Dalam masa yang sama juga, kurikulum ini harus menghasilkan ahli GAMIS yang berani menjadi perubah zaman, peneliti kepada axiom perubahan, hakikat perubahan, mampu merancang perubahan secara konseptual dan mampu mengaplikasikan perubahan kepada tatanan sosial lapangan. Secara langsung kader GAMIS berkomitmen tinggi dalam berkontribusi menjadi pemecah persoalan dan permasalahan yang berlaku pada negara ini (problem solving). Kelak kader masa depan ini berjaya membawa agenda menjana tranformasi Malaysia yang lebih tranformatif dan mencorak demokrasi Malaysia yang lebih demokratis dalam nuansa keIslaman.

Bayangkan jika hasil produk-produk tarbiyah daripada GAMIS ini telah terlahir, nescaya GAMIS sangat luar biasa. Lahir seorang kader GAMIS yang mempunyai idealis yang tinggi dan konsisten meletakkan Islam sebagai solusi di setiap permasalahan. Lahir kader GAMIS yang menjadi Fungsi director of Change. Dalam masa yang sama, dinamis dalam pergerakannya. Inilah yang umat dan Malaysia mahukan dan tunggu-tunggukan, iaitu team impian masa depan Malaysia. Team negarawan, team yang bukan hanya komited dalam merubah masa depan Malaysia yang lebih baik dan lebih segar , malah komited dalam membangun peradaban baru yang diidam-idamkan. Team yang tidak berkutat pada wacana semata-mata, tetapi apabila dia berbicara, dia juga berbicara tentang prestasi dan hasil kerja.

Imam As-Syahid Hassan Al-Banna berkata lagi, “Kader adalah rahsia kehidupan dan kebangkitan berbagai umat. Sejarah umat adalah sejarah para kader yang militan dan memiliki kekuatan jiwa dan kehendak. Sesungguhnya kuat dan lemahnya sesuatu umat diukur sejauhmana kesuburan umat tersebut di dalam mencetak kader-kader yang memiliki sifat dan karakter satria” (Risalah Nahnu Qaumun Amaliyun) Akhir sekali, ‘marilah kita beramal nyata’ seperti kata Mas Rijalul Imam.

Penulis merupakan mahasiswa di IAIN Ar-Raniry. Sekarang terlibat sebagai aktivis Kesatuan Aktivis Mahasiswa Islam Indonesia. Pernah menjawat sebagai Presiden GAMIS bagi Zon Timur dan pimpinan di Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Blog beliau boleh dilawati di 'ku lihat HIJAU'.

Posted by GAMIS on 8:37 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

1 comments for KOLUMNIS : GAMIS, membangun kompetensi kepimpinan

  1. salam.. thanks for sharing
    GAMIS " membangun kompetensi kepimpinna" takbir!

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket