UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

P'raya Galas: PMIUM anggap Khaled terlalu paranoid


Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menyifatkan amaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin kepada mahasiswa supaya tidak terlibat dalam pilihan raya kecil DUN Galas sebagai aneh dan tidak selari dengan peredaran zaman.

Yang dipertuanya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata kenyataan itu menunjukkan seolah-olah Khaled terlalu paranoid jika mahasiswa terlibat dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

"Beberapa dekad mutakhir ini, mahasiswa di Malaysia diperlakukan seperti penjenayah yang dikuarantin dalam kampus dan tidak dibenarkan untuk menghirup udara segar demokrasi dalam negara, sebagaimana anak muda yang seusia di luar kampus.

"AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) menjadi hantu kepada mahasiswa dan dijadikan bahan ugutan oleh pihak kerajaan untuk menakutkan mahasiswa sejak kebelakangan ini.

"Namun, adakah mahasiswa seluruhnya memahami AUKU secara mendalam?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad berkata, dalam AUKU, perkara yang menjadi subjek perbincangan ialah seksyen 15 (a) yang tidak membenarkan mahasiswa menyatakan sokongan, simpati ataupun bangkangan terhadap mana-mana parti politik dan terlibat aktif dalam politik kepartian.

"Akta ini cukup jelas menyekat mahasiswa untuk terlibat dengan parti politik dalam negara, bukannya sistem politik negara.

"Saya rasa di sini timbul keraguan di antara pelaksanaan undang-undang yang mentafsirkan seksyen tersebut mengikut selera masing-masing," tambahnya. Ahmad juga berkata, akta tersebut tidak menyatakan bahawa mahasiswa tidak boleh terlibat dalam pilihan raya, sama ada umum ataupun kecil.

"Mahasiswa hanya dilarang untuk berkempen dan menyatakan sokongan kepada parti yang bertanding, itu sedia maklum. "Namun, persoalan saya, jika ada beberapa calon bebas bertanding dalam pilihan raya itu nanti, maka adakah mahasiswa boleh terlibat dalam pilihanraya tersebut sedangkan calon bebas ini bertanding atas kapasiti individu, bukannya parti?.

"Maka tidak ada tindakan yang boleh dikenakan ke atas mahasiswa yang turun berkempen untuk calon bebas tersebut kerana mereka tidak boleh dikaitkan dengan parti politik yang sah. "Di sinilah lompang dan tidak relevannya AUKU yang hanya memandang parti politik itu subjek, sedangkan objek pilihanraya masih luas dalam sistem demokrasi yang diamalkan.

"Maka saya boleh nyatakan bahawa mahasiswa boleh sama sekali terlibat dalam pilihanraya dan berkempen jika ada calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti," tegasnya.

Selain itu, Ahmad berkata, jika hanya calon dari parti politik sahaja yang terlibat, maka tidak salah juga bagi mahasiswa untuk ke sana sekadar mengikuti dengan lebih dekat amalan pilihan raya di Malaysia.

Oleh itu, kesimpulannya, tegas beliau, mahasiswa mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara sebagaimana yang dijamin oleh artikel 10 perlembagaan persekutuan.

Sumber : malaysiakini.com

Posted by GAMIS on 11:17 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for P'raya Galas: PMIUM anggap Khaled terlalu paranoid

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya