Ramadhan : Bakal guru rancak program imarah

Kemeriahan sambutan Ramadhan oleh bakal-bakal guru di sekitar IPG

Oleh : wartawan IPGM

mygamis@gmail.com

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2010 - Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia, masyarakat di seluruh negara menyambutnya dengan pelbagai program dan aktiviti kerohanian dan kebajikan.

Begitu juga kepada ‘bakal guru’, tinjauan media GAMIS di Insititut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seluruh negara, melihatkan kerancakan dan kemeriahan berpuasa.

Di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, melalui Biro Agama, kerohanian dan Moral (BADAM) telah menganjurkan majlis berbuka puasa perdana.


Presidennya, Mohd Hazwan Bin Hamidan berkata, program tersebut adalah sebagai mengimarahkan dan merancakkan bulan ibadah serta mengajak seluruh bakal guru menghayati erti berpuasa.

Disamping itu juga, katanya, ia juga memupuk semangat perpaduan di kalangan mereka dalam aktiviti penyediaan juadah berbuka puasa bersama-sama.

Manakala di IPGM kampus Ipoh, kemeriahan berpuasa turut dirasai di sini. Selain menyertai gotong-royong program berbuka puasa, Ramadhan mereka diserikan dengan solat tarawikh berjemaah serta Kuliah Tujuh Minit (KULTUM).


Menariknya, KULTUM ini dijalankan secara bergilir-gilir kepada pelatih guru sebagai persediaan untuk turun kepada masyarakat kelak.

Di Kedah, IPGM kampus Darulaman menganjurkan program Ihya Ramadhan, dan majlis perasmiannya disempurnakan oleh Pengarahnya, Tuan Haji Roslan Abdul Hamid. Beliau menganjurkan kepada seluruh bakal guru agar menghayati bulan yang mulia dengan memenuhinya-


dengan aktiviti kebajikan dan ibadah.

Rata-rata bulan Ramadhan disambut sederhana tetapi meriah oleh bakal-bakal guru. Sesungguhnya, program-program seumpama ini sangat perlu dijalankan setiap tahun dan diteruskan pada bulan-bulan selain Ramadhan.


Posted by GAMIS on 11:39 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

4 comments for Ramadhan : Bakal guru rancak program imarah

  1. syukran kerana post entry berhubung aktiviti Ramadhan di IPG.. (^_^)

  2. assalamualaikum and peace to all...
    first n foremost,tq 4 posting 'bout our institute~IPG KDRI...n in diz page,,,we from BADAM would like to extend our congratulations and gratitude to the trainee teachers of IPG KDRI in order to make our daily 'ifthor' successfully done...(^^,)

  3. Alhamdulillah..

    smg shbt2 IPGM sntiasa dbrkati Allah Ta'ala.

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket