UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Abadi 21 : Mendepani cabaran dan realiti semasa

oleh : Muhammad Firwan Norliza*

Mahasiswa merupakan generasi harapan yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan. Golongan yang bergelar mahasiswa ini dianggap sebagai golongan yang bijak dan berketerampilan dalam mendepani cabaran semasa. Abad 21 berkehendakkan mahasiswa yang cemerlang dalam semua aspek termasuklah akademik dan sahsiah diri. Hedonisme, krisis identiti dan pertembungan pelbagai aliran pemikiran adalah antara cabaran dan permasalahan semasa yang perlu dihadapi oleh mahasiswa abad 21. Justeru, persediaan dari sudut kecemerlangan akademik sahaja tidak mencukupi untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan bertaraf dunia
Idealisme, aktivisme dan intelektualisme merupakan kunci utama kepada mahasiswa dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan graduan kelas pertama. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pra-syarat bagi membentuk mahasiswa abad 21 yang penuh jati diri dan berkepentingan kepada negara dan masyarakat.

Di era pascamodenisme ini, intelektualisme dan proses penghayatan budaya ilmu melalui olahan idealisme perlu dikembangkan dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang mampu merangsang pemikiran analitikal dan kritis bagi melahirkan idea-idea baru yang lebih praktikal untuk pembaikan diri dan masyarakat. Kekuatan pemikiran dan intelektual ini mampu menangkis serangan pemikiran yang menjadi alat pemusnah kepada masyarakat.

Sejajar dengan hasrat kerajaan sepertimana yang digariskan dalam teras strategik RMK10 iaitu membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia, saya melihat, golongan mahasiswa merupakan sasaran utama untuk mencapai dan merealisasikan teras strategik ini. Dalam konteks ini, saya berpandangan bahawa, mahasiswa perlu melihat pekara ini dalam ruang lingkup yang luas merangkumi semua aspek dalam kehidupan mereka semasa di alam kampus. Penglibatan mahasiswa dalam kelab, persatuan, NGO adalah penting untuk memastikan mahasiswa lebih terbuka, aktif dan berdaya saing. Penumpuan kepada bidang pengajian semata-mata akan melahirkan mahasiswa yang pasif, kaku, lesu dan tidak berdaya saing. Perkara ini perlu dimanipulasikan sebaik mungkin kerana alam kampus merupakan ‘training ground’ yang berguna dalam mempersiapkan mahasiswa untuk berhadapan dengan cabaran realiti dan kehidupan bermasyarakat.

Disamping itu, saya mengimpikan, mahasiswa abad 21 adalah mahasiswa yang mempunyai sifat dan mentaliti sebagai seorang pemikir kepada permasalahan agama, negara, bangsa dan ummah. Jika disoroti sejarah gerakan dan kuasa mahasiswa di India dan Indonesia, mereka merupakan antara faktor penyumbang kepada perkembangan dan pembangunan negara mereka. Justeru, saya melihat kuasa yang ada pada mahasiswa sebenarnya besar dan boleh dimaksimakan untuk kepentingan agama, negara dan bangsa.


Namun, jika dilihat dalam realiti golongan mahasiswa di Malaysia, saya sedikit terkilan dan kecewa apabila mahasiswa yang dikatakan golongan intelek terlibat dan terjerumus dalam kancah jenayah dan gejala sosial. Penglibatan golongan mahasiswa dalam jenayah dan gejala sosial ini sering kali dilaporkan oleh media. Saban hari, masalah dan kepincangan ini kian membarah. Saya merasakan, keadaan ini amat membimbangkan dan merugikan negara. Perlu diingat bahawa, dalam keghairahan mengejar misi menjadikan universiti dan mahasiswa Malaysia sebagai mahasiswa bertaraf dunia, kita seharusnya tidak mengabaikan perkara-perkara seperti ini. Tiada guna jika hanya cemerlang dalam akademik tapi gagal dalam aspek lain. Justeru, keseimbangan dalam semua aspek adalah amat aperlu.

Sebagai mahasiswa, saya ingin mengajak seluruh mahasiswa di Malaysia untuk berjiwa besar dalam mendepani cabaran dan realiti semasa. Saya merasakan sudah tiba masanya golongan mahasiswa perlu mempunyai idealisme, berani dan berpendirian yang matang dalam semua pekara demi mewujudkan dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia kerana mahasiswa merupakan agen perubah masa depan agama, bangsa dan negara.

Penulis merupakan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SRC IIUM). Fikrah beliau boleh dilawati melalui laman Jebat

Posted by GAMIS on 11:21 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Mahasiswa Abadi 21 : Mendepani cabaran dan realiti semasa

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya