UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Kolumnis : Sekolah khas?

oleh : Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hassan

“ Ayang, kalau i kantoi mengandung mcm mana? ” tanya si perempuan ketakutan.

“ Apa masalahnya. Kita masuk je lah ke sekolah khas tu. Lepas beranak nanti keluarlah” balas teman lelaki.

“ Ye la.. dalam tu hanya kita je ada. Orang-orang(masyarakat) dah tak ganggu kita ” kata remaja perempuan yang penuh gembira.

Dialog itu mungkin akan terjadi sekiranya cadangan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam untuk membina sekolah khas bagi remaja terlanjur diteruskan. Motifnya adalah untuk memberi peluang kedua kepada remaja tersebut membina hidup baru setelah bergelumang dengan najis zina.

Saya puji langkah kerajaan Melaka yang menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM500 bagi pasangan yang ingin kahwin awal. Ini yang patut fikirkan bersama. (namun penulis tidak berhasrat menyahut langkah kerajaan Melaka ini lagi… hehe)

Namum cadangan untuk membina sekolah khas tersebut, saya amat tidak bersetuju. Asasnya adalah :

1. Akan wujud stigma yang negatif kepada pelajar sekolah khas tersebut khususnya bila berhadapan dengan masyarakat.

2. Islam tidak menggalakkan pengubatan kepada sesuatu masalah tanpa dengan langkah MENCEGAH. “ jangan kamu dekat/hampiri zina!!

3. Sekolah ini seolah-olah menjadi suatu peluang kepada pelaku zina untuk terus ‘berpesta’ kerana ada pihak yang akan bantu mereka untuk memberi peluang kepada mereka selepas ini.

4. ‘Sekolah ini akan melindungi pelajarnya daripada gangguan masyarakat’… berita harian. Masyarakat dipersalahkan? Sedangkan tidak ada suatu masyarakatpun yang ada dalam Negara ini setuju dengan zina.

5. Penzina mesti dikenakan HUKUMAN, bukan HADIAH@BANTUAN. Barulah mereka insaf dan belajar dari kesilapan.

6. Saya cadang, kerajaan negeri MELAKA boleh rancang Universiti Khas bagi mahasiswa yang terlanjur untuk menghabiskan pengajian sarjana muda mereka. Antara subjek teras universiti tersebut adalah CARA MENGURUSKAN ANAK.

Banyak lagi side effect yang lain sekiranya sekolah ini dibuat. Akan tetapi, kita bukan sekadar mengkritik, tapi ingin mencadangkan sesuatu kepada semua kerajaan ‘anak’ termasuk pusat sekiranya bersungguh-sungguh ingin membanteras gejala buang bayi dan anak haram.


1. Tapis laman web porno dan lucah sebagaimana dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir. Bangunkan penggunaan jalur lebar yang sejahtera sebagaimana kerajaan Kelantan buat, internet toyyibah.

2. Wajibkan pakaian menutup aurat(muslim) dan pakaian beretika(non muslim) bagi semua sekolah mahupun universiti. Ini mencagah unsur-unsur yang membawa kepada ransangan nafsu.

3. Kurangkan ‘mengeksploitasi’ wanita sebagai bahan kempen di media cetak mahupun elektronik.

4. Kawal filem-filem dan drama yang berunsur keterlanjuran dan penuh tidak bermoral.

5. Buat revision kepada matapelajaran agama disekolah-sekolah dan tekankan elemen akhlak dan adab pergaulan yang diajar Agama. Saya kira semua agama tidak membenarkan penganutnya bergaul terlalu bebas tanpa ada batasan yang dibuat.

6. Universiti wajib mengadakan kelas bimbingan agama dan dikira penglibatannya dalam jam kredit. Jangan hanya lepaskan program dan aktiviti islam dijalankan oleh perstuan mahasiswa islam dan balai islam semata-mata kerana stigma ini adalah SALAH.

Pepatah arab pernah menyebut : “ mencegah lebih baik dari mengubat ”

Saya mohon kerajaan negeri Melaka mengkaji balik cadangan yang tersebut demi kebaikan umat bangsa kita pada masa akan datang. Melaka penuh dengan sejarah dan tidak kita lupakan pernah menjadi negeri yang melaksanakan hukum hudud dalam Hukum Kanun Melaka awal pembukaan dahulu.belajar dari sejarah, maka kembalilah kepada ISLAM, kerana itulah UBAT yang paling mujarab yang dicadangkan oleh DOKTOR yang paling pakar.

*Penulis adalah Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sesi 2010. Cetusan pemikiran beliau boleh dilawati melalui laman blog kasturi89.blogspot.

Posted by GAMIS on 10:41 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

2 comments for Kolumnis : Sekolah khas?

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya