UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Kolumnis : Mahasiswa terlibat politik, satu analisis

oleh : Mohammad Izzuddin Hilmi Bin Mohammad Zaini

Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bahawa sudah tiba masanya kepada kerajaan untuk menimbang kebenaran membenarkan mahasiswa di negara ini terlibat dalam politik dilihat suatu tindakan menungkah arus.

Hal ini ekoran dari peluang yang diberikan kepada guru-guru yang Gred DG41 hingga DG48 untuk bergiat aktif dalam politik. Hal ini dinyatakan dengan jelas oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Datuk Saifudin yang juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan pembabitan mahasiswa dalam politik.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa tidak kita memberikan peluang yang sama untuk mahasiswa berbuat demikian.

Malah wujud juga pandangan dari pihak lain seperti Pergerakan Pemuda UMNO agar mahasiswa dan pensyarah di IPT diberi hak yang sama untuk berpolitik.

Namun cadangan yang baik ini tidak disambut baik oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin. Baginya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) masih relevan.

Beliau yang berpendirian untuk tetap mengekang mahasiswa dari terus terlibat dengan politik menyanggah pendapat beberapa golongan yang ingin memberi kebebasan yang lebih kepada mahasiswa.

Beliau menyatakan bahawa Universiti dikhuatiri akan menjadi 'gelanggang politik' sekaligus akan mengundang pelbagai masalah pada masa akan datang.

Pendirian beliau jelas digambarkan melalui alasan yang telah diberikan.

"Kalau kita benarkan kedua-duanya (mahasiswa dan pensyarah) berpolitik, bayangkan jika pelajar itu orang UMNO dan pensyarahnya orang PAS, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah. Macam-macam boleh berlaku."

Beliau juga mengingatkan bahawa pandangan tersebut perlulah dikemukakan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi mendapatkan keputusan.

Beliau juga mengatakan biarkan keputusan ini dibincang di peringkat Majlis Tertinggi UMNO dan pihak yang tidak berkaitan tidak perlu membuat desakan sebegitu.

Di sini saya ingin pertikaikan.

Siapakah Majlis Tertinggi UMNO ini?

Apakah bidangkuasa Majlis Tertinggi UMNO menjangkau kuasa meminda atau mentafsir Akta Universiti dan Kolej Universiti yang diluluskan oleh Parlimen?

Mengapa urusan kebebasan mahasiswa harus ditentukan oleh Majlis Tertinggi UMNO?

Adakah ada pihak yang beranggapan mahasiswa ini milik UMNO sepenuhnya?

Saya inginkan mahasiswa yang bebas. Bebas dari pengaruh mana-mana parti politik luar. Biarkan mahasiswa dengan politik mahasiswa sendiri.

Atas hasrat ingin memberi kelonggaran kepada mahasiswa, AUKU 1971 diberi wajah baru dengan dilakukan beberapa pindaan pada tahun 2009.

Pindaan AUKU ini dilihat 'modal besar' kepada pihak-pihak tertentu untuk dipuji dengan tindakan toleransi mereka terhadap mahasiswa.

Saya masih tidak nampak apakah perbezaan AUKU dahulu jika dibanding AUKU yang telah dipinda awal tahun 2009.

Setelah AUKU dipinda berlaku pengheretan 2 mahasiswa UM yang dicas di bawah AUKU (yang telah dipinda)hanya kerana menjemput seorang ADUN Selangor ke Mesyuarat Agung Tahunan PMIUM.

Setelah AUKU dipinda juga berlaku 4 orang mahasiswa UKM dituduh di Mahkamah Universiti kerana berada di Hulu Selangor sewaktu kempen pilihanraya berlangsung.

Setelah AUKU dipinda juga seorang mahasiswa KUIS ditarik pinjaman PTPTN sebagai tekanan kepada beliau kerana dituduh berkempen di Hulu Selangor.

Di sini boleh tanya adakah pindaan AUKU terdahulu hanya kosmetik dan tidak memberi sebarang kesan terhadap AUKU itu sendiri?.


Dari sudut pandang sisi yang lain, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berusaha melahirkan produk insan yang hebat dalam pelbagai bidang.

Sistem serta bidang pengajian yang ditawarkan disajikan khas bagi mencapai hasrat tersebut.

Mahasiswa didedahkan dengan ilmu keusahawanan, ilmu kemahiran kendiri (soft skill) dan lain-lain penerapan ilmu yang berguna.

Tetapi malang ilmu politik seakan dianaktirikan dan seboleh mungkin dinafikan daripada mahasiswa.

Ilmu politik bukan hanya tertulis di atas nota-nota atau perlu dijawab sewaktu di dalam peperiksaan, ia perlu lebih dari itu.

Mahasiswa perlu menceburkan diri secara langsung ke arena politik. Kerana itu kebebasan perlu diberikan kepada mahasiswa dan jangan sesekali diugut atau ditakutkan mereka.

Jika benar mahu lahirkan mahasiswa yang segar jiwa dan celik pemikirannya, jangan sesekali dibenakkan mata hati mereka.

Dengan kebebasan, mahasiswa akan berani meneroka sesuatu. Dengan berpolitik mahasiswa akan tahu apakah makna politik yang sebenarnya.

Justeru usaha untuk terus menyekat mahasiswa adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Kementerian Pengajian Tinggi akan terus didesak agar menilai kembali AUKU agar memastikannya ia dihapuskan agar akta ini tidak akan menjadi penghalang kepada mahasiswa.

Malah satu cabaran kepada Kementerian agar serius memberi peluang kepada mahasiswa untuk berpolitik.

Politik mahasiswa adalah politik yang matang.

Penulis adalah aktivis mahasiswa di Universiti Malaya, memimpin Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) sebuah gerakan kebajikan bagi mahasiswa kawasan Kerinchi. Cetusan idea beliau boleh dilawati melalui blog : IB_IDHAM

Posted by GAMIS on 11:14 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Kolumnis : Mahasiswa terlibat politik, satu analisis

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya