'Pemergian Fatima satu kehilangan' - GAMIS
berita 11:44 PG
KUALA LUMPUR, 20 Jun 2010 - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini mengucapkan takziah atas pemergian seorang ahli GAMIS, Fatima Zurwanti Zulkifli.
Beliau terlibat dalam satu kemalangan di lebuh raya menuju ke Putrajaya.
Presiden GAMIS, Mohd Idris Mohd Yusoff berkata, seluruh kepimpinan GAMIS dan ahlinya bersedih atas kehilangan seorang ahli yang begitu komited di dalam GAMIS dan dakwah kampus.
Allahyarham Fatima Zurwanti adalah seorang aktivis mahasiswa Islam yang aktif di kampus. Memulakan pengajian di Pusat Asasi Universiti Islam AntarabangsaMalaysia (UIAM), Petaling Jaya dalam jurusan Bio-Sains.
Di Pusat Asasi UIAM, beliau aktif di kolejnya. Memegang jawatan sebagai Exco Disiplin di Mahallah Representative Club.
Menurut seorang rakannya, Siti Hawa Saadah, Allahyarham seorang yang begitu tegas dalam melaksanakan tugasnya.
"Selalunya jika pelajar-pelajar UIA keluar ke pasar malam Seksyen 17, beliaulah orang yang akan mengingatkan pelajar agar menjaga imej dan pakaian di luar" ujarnya.
Walaupun begitu, katanya, Allahyarham sangat rapat dengan rakan-rakannya.
"Kerana itulah beliau sangat dihormati di kalangan mahasiswa UIAM" tambahnya lagi.
Allahyarham juga sangat aktif dalam aktiviti di dalam Persatuan Mahasiswa Islam Selangor.
Setiausaha Agung GAMIS Mohd Aizat mohd Salleh berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada gerakan mahasiswa Islam di kampusnya.
Beliau juga mengucapkan takziah dan akan menziarahi keluarganya dalam masa terdekat bersama pimpinan yang lain. -mygamis.blogspot.com
al-Fatihah..moga arwah diletakkan dalam kalangan mereka yang syuhada..
Al-Fatihah juga.
Doakan semoga kita dapat menjejaki orang-orang sepertinya.
GAMIS