GAMIS Johor : Boikot Israel sebagai tanda kesedaran

Johor Baharu - GAMIS Johor membantah sekeras-kerasnya kekejaman serangan berdarah tentera rejim Zionis Israel terhadap kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan yang memerlukan sokongan bantahan semua pihak.

Jesteru itu, GAMIS Johor mendesak agar kerajaan memboikot seluruh barangan berkaitan Amerika dan Isreal serta membatalkan sebarang urus niaga berkaitan. Gamis Johor juga mendesak agar kerajaan tidak mengadakan sebarang hubungan perniagaan atau sebagainya termasuk membatalkan kontrak syarikat perundingan APCO yang menjadi perunding komunikasi kerajaan.

GAMIS Johor juga meminta agar semua pihak termasuk NGO serta Pemuda UMNO sendiri turut bersama mendesak Kerajaan Pusat melalui Kerajaan Negeri Perak agar membatalkan kerjasama dengan syarikat perundingan APCO dengan segera. Syarikat perundingan APCO yang jelas ada kaitan dengan Amerika dan Isreal perlukan ketegasan daripada rakyat dan kerajaan Malaysia agar ianya dibatalkan dengan segera.

Jika syarikat perundingan APCO masih bertapak juga, bermakna gagallah Pemuda Umno untuk membantah kekejaman rejim Isreal. Kalau itu pun Pemuda Umno tidak mampu lakukan, apakah maknanya bantahan tersebut di buat yang hanya cuba mengaburi mata rakyat yang membenci rejim Isreal.

Kita ini sedang menyaksikan kekejaman tentera Zionis Israel bukan hanya ke atas rakyat Palestin malah sesiapa sahaja. Kekejaman demi kekejaman telah dilakukan oleh pihak Yahudi itu sangat membimbangkan seluruh masyarakat dunia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Namun, pada hari ini kebanyakkan pemimpin-pemimpin besar dunia seolah-olah membisu dan meredhai setiap perbuatan yang dilakukan oleh tentera Zionis Israel itu. Pencabulan hak asasi dan kemanusiaan itu wajar dikutuk oleh seluruh negara-negara Islam bahkan seluruh negara-negara yang cintakan kepada keamanan.

Pengerusi GAMIS Johor, Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami ketika ditemui semalam, menyeru semua pihak agar memainkan peranan masing-masing serta menggesa kuasa besar dunia membuat sebarang tindakan kepada Israel.

“GAMIS Johor juga mengecam Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia yang hanya membiarkan tindakan zalim yang dilakukan”

“Kita sentiasa bersama-sama dengan umat Islam diseluruh dunia yang inginkan keamanan serta menuntut keadilan, kita tidak akan berdiam dengan isu yang melanda umat Islam pada hari ini, kita optimis dengan kebangkitan Islam suatu hari nanti dan tanah suci Palestin pasti akan dibebaskan. Ini adalah janji Allah SWT kepada kita” ujar Pengerusi GAMIS Johor.

Pengerusi GAMIS Johor itu juga menyeru seluruh ahli GAMIS dan rakyat Malaysia memboikot barangan Amerika dan Israel sebagai tanda benci dan memohon agar melakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah sebagai benteng utama dalam menghadapi kezaliman. -gamisjohor.blogspot

Posted by GAMIS on 10:57 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for GAMIS Johor : Boikot Israel sebagai tanda kesedaran

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket