Pakatan dakwah bakal diwujudkan, kata Farhannaim
berita 10:32 PG
KUALA LUMPUR, 20 Jun - Persepakatan dakwah bakal diwujudkan untuk menangani isu-isu dakwah apabila Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mula mengorak langkah menubuhkan pakatan dakwah bersama-sama gerakan dakwah di seluruh Malaysia.
Pengerusi Majlis Dakwah Kampus GAMIS, Farhannaim Jamaluddin berkata, ia bakal direalisasikan dalam satu program Himpunan Aktivis Dakwah Kampus yang akan diadakan pada hujung bulan hadapan.
Program ini dijangka bakal disertai oleh beberapa gerakan Islam di Malaysia antaranya adalah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz (PERKEMAT), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Pertubuhan Himpunan Lepasan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Jemaah Islah Malysia (JIM).
Objektif perhimpunan tersebut katanya adalah bagi menyatukan pandangan sudut dakwah khususnya dalam mendepani dan menangani isu-isu dakwah kampus yang berlaku.
"Sebagai contoh, terdapat kepelbagaian sikap dan pendirian gerakan-gerakan Islam di Malaysia di dalam isu penggunaan kalimah Allah, baru-baru ini." ujarnya.
Beliau menambah, perlunya satu gagasan dan gabungan dakwah dalam menyatukan sudut pandang dakwah tersebut, walaupun kepelbagaian pandangan dakwah tidak boleh dihalang.
"Ini (supaya) masyarakat bukan Islam khususnya akan dapat menilai dan menerima dakwah dengan sudut pandang yang tepat dan tidak bias kepada mana-mana ideologi mahupun pendekatan bangsa dan sebagainya." katanya lagi.
Beliau turut mengalu-alukan penyertaan banyak lagi gerakan dakwah ke dalam kesatuan tersebut sebagai melebar-luaskan lagi medium dan pendekatan dakwah. - mygamis.blogspot