UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

KOLUMNIS : Wanita Dalam Pembangunan Masa Kini


oleh : Nur Sahila Sapi'e*

Baru-baru ini masyarakat Malaysia dirancakkan dengan isu Rancangan Malaysia Ke-10.. Melalui petikan daripada BERNAMA 10Jun2010, Kerajaan akan terus menangani isu yang membelenggu wanita bagi membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya potensi yang mereka miliki dan melibatkan diri secara lebih berkesan dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Berikut adalah beberapa tindakan @langkah yang bakal dilakukan untuk mencapai hasrat kerajaan;
  • meningkatkan penyertaan wanita sebagai tenaga kerja dan menambah jumlah mereka yang menyandang jawatan utama di peringkat pembuat keputusan,
  • kerajaan juga akan memberi fokus terhadap usaha menambah baik kemudahan yang disediakan bagi membantu mereka yang menghadapi kehidupan mencabar seperti golongan balu, ibu tunggal serta mereka yang berpendapatan rendah dan menghapuskan segala bentuk penindasan terhadap wanita.

  • kerajaan akan menambah jumlah pusat asuhan berasaskan komuniti dan pusat jagaan harian di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendorong lebih banyak wanita menjadi tenaga kerja, terutama mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.
  • meningkatkan penyertaan wanita dalam kegiatan keusahawanan melalui peningkatan kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita dan institusi lain seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi mencapai sasaran melahirkan 4,000 usahawan wanita menjelang 2012.
  • Kerajaan juga akan meningkatkan usaha bagi mencapai kuota sekurang-kurangnya 30 peratus jawatan di peringkat pembuat keputusan disandang oleh wanita dalam tempoh rancangan berkenaan.
Beberapa persoalan bermain di fikiran, adakah wanita Eropah mampu memberi pulangan yang baik dengan keluar bekerja tanpa dikawal oleh peraturan yang khusus dalam mencapai kemajuan yang sempurna untuk masyarakat disamping mampu menjaga keadaan mereka sebagai golongan wanita? Persoalan ini memerlukan penelitian dan penyelidikan yang bersungguh dan mendalam.


Seorang penulis ekonomi Islam iaitu Profesor Yusuf Khalifah al-Yusuf yang bertugas sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Universiti Emiriyah Arab Bersatu sekarang di mana beliau sebelum ini pernah menetap di Amerika dan England begitu lama telah menulis dengan penulisan dan kajian secara ilmiah tentang perkara ini. Dalam tulisannya beliau menyatakan bahawa kemajuan mengikut garisan yang sebenar hanya mampu tercapai apabila mampu memenuhi kehendak setiap individu dalam masyarakat berkenaan permintaan barangan dan perkhidmatan disamping tidak menyisihkan pembangunan ruhaniah, akhlak dan insan kepada setiap rakyat. Kemajuan akan cacat dan gagal jika hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dari segi material atau maddiyyah semata-mata tanpa menghiraukan atau menitik beratkan mengenai pembangunan insan, akhlak dan rohani.

Sememangnya wanita digalakkan untuk bersikap proaktif dan bukannya lesu dan lemah, tetapi proaktif yang dimaksudkan perlu memelihara fitrah semula jadi sebagai seorang wanita lebih-lebih lagi wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu. Jangan disebabkan terlalu ‘occupied’ (asyik) dengan kerjaya masing-masing tanggungjawab terhadap keluarga diabaikan. Pelbagai masalah akan timbul jika ia diambil ringan, antaranya:
  • Keluarga akan menjadi porak-peranda,
  • Anak-anak hilang kasih sayang dan akan menyebabkan gejala sosial seperti zina, dadah dll semakin berleluasa
  • Anak-anak menyerahkan tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka ke pusat jagaan orang tua semata-mata ingin mengejar kemewahan dunia
Apakah bezanya kita dengan penganut yahudi yang mempercayai kesohihan taurat dan agama Islam yang dibawa oleh nabi Musa tetapi mereka tetap mencipta dan meminda taurat mengikut kefahaman sesat mereka yang bertunjang kepada nafsu serakah yang tidak pernah tahu erti kepuasaan. 


Dalam memastikan kebahagian yang selari antara material dan rohani maka Islam telah menggariskan beberapa etika bagi memastikan wanita bekerja tidak terkeluar daripada lunas-lunas murni bersesuaian dengan mereka. Garis panduan itu adalah sebagaimana berikut :

Pertama : Syaratnya bahawa masyarakat setempat memang memerlukan kepada wanita untuk memenuhi peluang yang ada dan wanita itu sendiri memerlukan kepada pekerjaan itu bagi tujuan menampung perbelanjaan diri sendiri dan keluarga bukannya untuk tujuan kemewahan atau semata-mata mahu bekerja.

Kedua : Mesti mendapat persetujuan dan keizinan daripada suami bagi isteri yang bekerja dalam pekerjaan yang bersesuaian dengannya bukan dalam sektor yang dikhaskan untuk kaum lelaki.

Ketiga : Mampu mengimbangi antara kewajipan terhadap rumahtangga dengan tanggungjawab dalam pekerjaan yang dijalankan. Jika dia gagal mengimbangi antara melaksanakan kedua-duanya maka dia dilarang bekerja diluar rumah dan wajib memberi tumpuan kepada urusan rumahtangga sahaja. Ini bagi memastikan pembinaan keluarga mampu berjalan dengan baik dan teratur kerana ia lebih penting berbanding masalah kewangan.

Keempat : Mesti menjauhi pekerjaan yang menyebabkan berlakunya khalwat antara wanita dan lelaki. Ini bagi mengelakkan perkara yang negatif terutama zina dan fitnah yang boleh menggugatkan rumahtangga.Ingatlah bahawa mengelak itu lebih baik daripada berubat.

Kelima : Mesti mengelak daripada terlibat dalam sektor pekerjaan yang boleh membawa kepada masalah dan kesan negatif serta tidak sesuai dengan keadaan psikologi sebagai seorang perempuan.
Keenam : Mengelak daripada sebarang sebab yang membawa kepada fitnah samada pada pemakaian ketika bekerja, percakapan dan juga bauan yang dipakai. Islam hanya membenarkan pemakaian yang menutup aurat untuk pekerja diluar rumah, begitu juga dengan bersolek dan memakai bauan yang berlebihan sehingga menarik perhatian orang lain yang mana perkara ini hanya dibenarkan ketika bersama keluarga bukannya diluar rumah. Pelihara aurat dan akhlak.

SOLUSI

Kerajaan mesti memainkan peranan penting di dalam memastikan garis panduan ini tidak dilanggar oleh rakyat.

Hanya kerajaan yang berteraskan Islam sahaja yang menyedari hakikat kepentingan dalam pelaksanaan garis panduan ini kepada rakyatnya. Ini adalah kerana pemimpin bagi kerajaan Islam berasa bahawa dia akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap perkara yang berlaku ke atas rakyatnya di hadapan Allah nanti.

Sedangkan pemimpin sekular hanya akan mengambil berat mengenai perkara ini apabila timbulnya masalah terutama yang akan menggugat kedudukan mereka dalam arena politik.

Akhirnya peringatan untuk diri pengarang dan wanita-wanita sekalian, jangan cepat melatah. Ingatlah jika kita tidak lagi mampu merasakan bahawa setiap tindakan kita tidak boleh bebas daripada kehendak agama maka Islam kita belum sempurna dan kita masih terjajah oleh sekular. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Bagi pihak lelaki, jangan biarkan wanita menandingimu dalam segala urusan, bangkit dan bertindaklah.

*Penulis adalah Timbalan Pengerusi Tarbiyyah & Kepimpinan ISIUKM 2010/2011

Posted by GAMIS on 12:22 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for KOLUMNIS : Wanita Dalam Pembangunan Masa Kini

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya