Dewan Huffaz perlu jadi contoh masyarakat, kata Ridzwan

Kuala Kubu Bharu, 30 Jun 2010 - Dewan Huffaz Malaysia (DHM) yang ditubuhkan baru-baru ini, perlu menjadi platform yang bukan sekadar pengumpulan para hafiz semata-mata.

Demikian maklumbalas daripada Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ), Muhammad Fakhrur Ridzwan Bin Othman berkenaan penubuhan Dewan tersebut.

Baginya, Dewan Huffaz perlu menjadi lebih daripada sebuah pertubuhan atau kesatuan yang menjadi contoh terbaik kepada masyarakat terhadap keunggulan dan keunikan Al-Quran, dan bukan sekadar menjadi imam kepada solat fardhu semata-mata.

Beliau berkata, para penghafal Al-Quran di zaman Rasulullah seakan Al-Quran yang 'bergerak', yang menjadi juru rujuk kepada masyarakat ketika itu sehingga digelar sebagai 'generasi Al-Quran yang unik'.

Katanya, beliau mengalu-alukan penubuhan Dewan Huffaz Malaysia tersebut atas inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menaikkan martabat golongan hafiz.

Beliau turut mencadangkan agar Dewan Huffaz menjadi tempat melahirkan hafiz dan hafizah yang dapat turun ke lapangan masyarakat.

"Perlunya dari sudut memberi kefahaman kepada masyarakat tentang haq (kebenaran) dan kebatilan"

"Ini kerana, isi kandungan Al-Quran itu sendiri menekankan aspek tersebut", ujarnya lagi.

Beliau turut mengingatkan supaya golongan hafiz tidak boleh berasa selesa dengan kedudukan mereka dan perlu meningkatkan kualiti hafazan dari semasa ke semasa.

Dewan Huffaz Malaysia (DHM) telah dilancarkan pada Ahad lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Dato' Jamil Khir Bin Baharom. Ia ditubuhkan bermatlamatkan untuk memantapkan pengurusan institusi tahfiz di seleuruh Malaysia.

mygamis.blogspot.com

Posted by GAMIS on 9:39 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Dewan Huffaz perlu jadi contoh masyarakat, kata Ridzwan

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket