Aizat : 'Jangan terperangkap mainan musuh Islam dalam isu J.I'


Petaling Jaya, 25 Jun 2010 - Setiausaha Agung Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Mohd Aizat Bin Mohd Salleh hari ini menggesa semua pimpinan gerakan Islam segera menamatkan konflik Jemaah Islamiyah (J.I) dan keluar dari perangkap musuh Islam.

Beliau di dalam kenyataannya kepada wartawan mygamis.blogspot menyatakan, pertelingkahan dan tuduh-menuduh antara pimpinan Islam dengan aliran-aliran seperti Wahabbi serta mengaitkannya dengan J.I adalah perkara yang tidak menguntungkan agama Islam.

"Pimpinan gerakan Islam jangan terperangkap dengan isu kait-mengait dengan J.I, sedangkan secara tidak disedari kita sedang dipermainkan oleh golongan musuh Islam" katanya.

Beliau turut menggesa kepimpinan negara agar segera menyelesaikan isu ini serta mengambil jalan mengadakan pertemuan dan perbincangan secara ilmiah,
bukan melemparkan kenyataan yang tidak berasas dan menghentam di sana-sini.

Beliau yang juga mantan Naib Presiden PMIUM, menyeru seluruh gerakan Islam mengambil pendekatan tokoh gerakan Islam, Imam Hasan Al-Banna dalam menyelesaikan isu pertelingkahan di dalam agama.

"Kita sekarang berhadapan dengan Yahudi, musuh Islam yang sebenar. Jangan kerana isu-isu tersebut menyebabkan perpecahan dan permusuhan di kalangan umat Islam yang akhirnya merugikan Islam sendiri" ujarnya lagi.

Isu label-melabel tercetus apabila Zamihan sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) mendakwa kononnya Tuan Guru Abdul Hadi bersama bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

-mygamis.blogspot.com

Posted by GAMIS on 9:58 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Aizat : 'Jangan terperangkap mainan musuh Islam dalam isu J.I'

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket