GAMIS kutuk serangan Israel ke atas konvoi ke Gaza
9:45 PTG
31 Mei 2010 - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), hari ini berdukacita di atas serangan tentera Israel keatas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang mengakibatkan 16 aktivis kemanusiaan terbunuh sementara yang lainnya cedera parah.
Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff dalam kenyataannya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan mendesak Israel segera membebaskan kesemua aktivis kemanusiaan yang telah ditawan.
“GAMIS mendesak negara-negara di seluruh dunia agar segera bertindak memberi bantuan kemanusiaan serta keselamatan kepada rombongan tersebut” katanya.
Beliau juga mendesak negara-negara di seluruh dunia turut mengutuk serangan tersebut. Ini kerana katanya, misi bantuan tersebut adalah agenda kemanusiaan yang perlu turut dirasai dan diberi perhatian semua manusia.
“GAMIS menggesa kerajaan Malaysia segera bertindak mengikut kekuatan yang ada seperti PBB dan OIC agar memberi tekanan kepada Israel” ujarnya lagi.
Sementara itu, seluruh kepimpinan GAMIS turut mengutuk serangan keatas konvoi kemanusiaan ke Gaza itu.
Timbalan Setiausaha Agung GAMIS, Khairunnisa Mohd Fisol menyeru seluruh umat Islam di Malaysia menyatakan bantahan dengan turun dalam demonstrasi di kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini.
“Ini adalah solidariti kita bersama-sama rakyat Palestin yang seaqidah dengan kita” tambahnya lagi. -mygamis.blogspot.com
Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.