Baby Hatch : 'Ketatkan undang-undang dahulu', kata Fasihah


Beliau yang juga Naib Presiden GAMIS berkata, kerajaan Malaysia, melalui menteri undang-undang dan menteri Wanita dan Keluarga harus mengetatkan undang-undang bagi mencegah
perbuatan membuang bayi.

Penubuhan 'Baby Hatch' oleh sebuah NGO Orphan Care, katanya digalakkan, dengan tujuan menjaga dan memelihara bayi yang terbuang supaya tidak terbiar.

"Islam di dalam syariatnya, menjaga lima perkara dan diantaranya menjaga nyawa." Katanya.

Walaupun demikian, tegasnya ia bukanlah tiket bagi muda-mudi hari ini melakukan perkara terkutuk (zina) tersebut. Ini kerana, Islam juga menyarankan agar dijaga perkara yang kelima iaitu maruah.

"Penubuhan 'Baby Hatch' tersebut bukanlah penyelesaiannya, malah ia hanya salah satu jalan keluar daripada banyak lagi jalan keluar" ujarnya lagi.

Fasihah juga menegaskan bahawa sudah sampai masanya kerajaan perlu kembali kepada pendekatan agama di samping memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat, bukan sekadar menakut-nakutkan masyarakat dengan kesan, bahkan memberi kesedaran ke-
agamaan.

Selain itu, Timbalan Presiden PMIUM, Siti Nadzirah Majid, Baby Hatch boleh dijadikan penyelesaian kepada pembunuhan bayi yang tidak berdosa. Namun, katanya bukan sebagai penyelesaian terbaik sehinggalah digubal undang-undang yang lebih tegas.

"Mengapa orang membunuh boleh dihukum gantung, sedangkan mereka yang membunuh bayi dilepaskan?" soalnya. - mygamis.blogspot.com

Posted by GAMIS on 1:07 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Baby Hatch : 'Ketatkan undang-undang dahulu', kata Fasihah

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket