GAMIS BANTAH KEDATANGAN BLAIR KE MALAYSIA
isu semasa 6:04 PTG
Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) membantah sekeras-kerasnya kehadiran bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair ke Malaysia.Menurut sumber, sebuah syarikat Success Resources yang berpengkalan di Singapura dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput bekas Perdana Menteri Britain , Tony Blair untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 Pada 24 hb April 2010 .
Menurut Presiden GAMIS, saudara Mohd Idris Mohd Yussoff, penghormatan terhadap Blair sebagai penceramah dalam kongres tersebut seolah-olah menunjukkan betapa pihak penganjur tidak sensitif terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya dan perasaan rakyat Malaysia yang menyokong mereka sepenuhnya. Bantahan ini dibuat atas dasar Blair adalah penjenayah dan pembunuh besar kerana bersekongkol dengan bekas Presiden Amerikat Syarikat , George Bush yang menjadi arkitek dan bertanggungjawab merencana dan melaksanakan pencerobohan ke atas Iraq. GAMIS memandang jemputan Tony Blair ke Malaysia ini, ianya seolah-olah satu penghinaan kepada pencinta keamanan di seluruh dunia.
Tony Blair sebenarnya telah mencabuli prinsip paling asas undang-undang antarabangsa dengan menceroboh Iraq, dan secara berterusan mempertahankan pencabulan Israel ke atas Palestin, ini sudah menjadi satu ironi Blair.
"Dalam keadaan hati rakyat Malaysia yang masih luka dengan penglibatan syarikat Yahudi APCO Worldwide dan Asiasoft dalam pentadbiran negara serta pendirian Perdana Menteri selepas bertemu Barack Obama berkaitan Afghanistan dan Iran, isu ini seola-olah menambah luka di hati kita. Pihak Success Resources seolah-olah tidak memandang kepada sensitiviti rakyat ini serta pejuang keamanan seluruh dunia. Tony Blair sepatutnya berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah kejam yang dilakukan olehnya, bukan mendapat penghormatan sebegini," kata Mohd Idris.
Justeru, GAMIS sebagai sebuah NGO mahasiswa Islam yang turut bersama-sama dengan NGO-NGO lain dalam Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa agar pihak penganjur membatalkan syarahan itu bagi menghormati permintaan dan perasaan rakyat Malaysia dan menyeru orang ramai supaya mengadakan demonstrasi terhadap kunjungan Blair.Kepada mereka yang mampu untuk mendekati Blair diseru untuk menguatkuasakan tangkapan ke atas beliau kerana tindakan beliau melakukan jenayah kemanusiaan. GAMIS turut menggesa pihak kerajaan Malaysia agar mengharamkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush daripada memasuki Malaysia.
Blair dikecam di seluruh dunia semenjak pencerobohan Amerika Syarikat-Britain terhadap Iraq pada tahun 2003 yang telah mengakibatkan kekejaman terhadap rakyat Iraq dan kemusnahan sepenuhnya tanah air mereka. Lebih daripada 1 juta orang mati akibat daripada peperangan itu. Hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal, 2.7 juta di dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah.
GAMIS tetap bertegas dengan pendirian, mana-mana agensi dan juga pemimpin negara yang mempunyai kaitan dengan Israel dan Yahudi tidak boleh diterima sama sekali dengan cara apa sekalipun.

Posted by GAMIS
on 6:04 PTG.
Filed under
isu semasa
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0
Salam.bagaimana saya boleh menyertai GAMIS??