UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

GAMIS: SPR Perlu Anjur Debat PILIHANRAYA di Malaysia


Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) mencadangkankan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menganjurkan debat terbuka menjelang pilihan raya di Malaysia, tidak kira, sama ada pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK) akan datang.

Hal demikian kerana, pendekatan ceramah-ceramah umum yang masih dilaksanakan hari ini masih belum cukup berkesan kerana masih bersifat satu hala atau dari pandang sisi yang sama. Debat ini sebenarnya mampu mematangkan pemikiran rakyat untuk membuat pilihan memilih wakil rakyat mereka, seterusnya memberikan hak dan ruang untuk rakyat menyuarakan pandangan serta membuat keputusan.

GAMIS agak kecewa dengan penularan budaya fitnah-memfitnah, tuduh menuduh serta penipuan ahli-ahli politik dalam memenangkan pihak masing-masing dalam pilihan raya di Malaysia pada hari ini semakin menjadi-jadi.

Menurut Presiden GAMIS, saudara Mohd Idris Mohd Yussoff, pendekatan kempen pada hari ini masih lagi terhad, dan ini menyempitkan lagi pemikiran rakyat untuk memilih calon pilihan mereka. Pendekatan ceramah umum misalnya seolah-olah memberi ruang kepada penipuan fakta-fakta serta janji-jani kosong yang dibuat oleh calon parti-parti politik yang bertanding terutamanya dua kelompok besar dalam arena politik tanah air sama ada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

"SPR sebagai badan yang bertanggungjawab dalam pilihanraya sepatutnya menjadi orang tengah dan penganjur kepada debat ini. Biar rakyat yang menilai yang mana benar dan yang mana salah. Debat ini juga boleh menjadi ruang rakyat atau masyarakat setempat membuat penilaian dasar perjuangan mana yang ingin dipilih di samping boleh mendengar manifesto daripada pihak-pihak yang ingin bertanding. Mungkin Pilihan raya kecil Hulu Selangor agak sudah lewat untuk dilaksanakan tetapi saya berpandangan, SPR masih berpeluang untuk memulakan budaya baru ini pada pilihan raya Sibu serta pilihan raya yang akan datang". Jelas sdr Idris.

GAMIS juga berpandangan, pendekatan ceramah umum yang masih dijalankan seperti hari ini seolah-olah dilihat masih tidak dapat mencapai sasaran dan matlamat sebenar kempen kerana biasanya ceramah yang dianjurkan oleh parti tertentu kebanyakannya hanya dihadiri oleh ahli dan penyokong parti tersebut. Ahli dan penyokong parti lawan biasanya tidak akan hadir. Selain itu, ceramah sebegitu biasanya tidak diminati oleh golongan atas pagar kerana situasi politik kepartian di Malaysia terlalu menebal sedangkan mereka berhak untuk mendapat penerangan melaluinya.Justeru, pendekatan lama ini dilihat masih membuka ruang kepada medan penipuan dan menaburkan fitnah oleh parti-parti politik kepada penyokong masing-masing. Akibatnya, masyarakat terus menjadi mangsa penipuan terutamanya di kawasan pedalaman.


Debat yang dicadangkan ini juga sedikit sebanyak dilihat dapat mengawal fitnah yang biasanya menjadi strategi yang tidak sihat dalam pilihan raya daripada terus menular oleh pihak yang bertanding. dalam Islam sendiri kita melihat, debat adalah salah satu metod terbaik sebagai seruan ke arah kebaikan, apatah lagi dalam agenda besar untuk membina negara.

Amalan budaya debat ini sebenarnya telah lama dianjurkan di negara Barat dalam menghidupkan budaya demokrasi tetapi tidak di Malaysia ia tidak dijadikan amalan dan menjadi tidak popular. Sebenarnya budaya debat ini perlu bagi mereka yang terbabit dalam pilihanraya untuk membuat penjelasan berkaitan isu-isu yang berlaku di samping membuka ruang seadilnya untuk menyuarakan pandangan dan pendapat.

GAMIS berharap PRK di Hulu Selangor ini sebagai medan penialain terbaik bagi SPR untuk menghidupkan budaya-budaya demokrasi yang sebenar pada pilihanraya yang akan datang.

Posted by GAMIS on 5:42 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for GAMIS: SPR Perlu Anjur Debat PILIHANRAYA di Malaysia

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya