UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

ISU TAULIAH : JAIS PERLU BERTINDAK LEBIH MATANG

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) menggesa agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih matang dalam tindakan agar ianya selari dengan misi jabatan itu "Menguruskan hal ehwal Islam secara Hikmah, Amanah dan Berkesan".

Menurut Presiden GAMIS, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, pendirian ini dibuat agar JAIS bertindak lebih matang dalam tindakan. GAMIS memandang, JAIS perlu lebih bijak dalam menguruskan isu tauliah yang dibangkitkan ramai pihak baru-baru ini demi maslahah dakwah dan perkembangan Islam di Malaysia amnya.

Isu tauliah ini hangat dibincangkan selepas negara telah dikejutkan dengan penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh JAIS semasa menyampaikan kuliah agama di sebuah kediaman peribadi di Taman Sri Ukay Hulu Klang. Beliau ditahan atas alasan mengajar agama tanpa tauliah di hadapan kira-kira 100 hadirin.

Lebih mengecewakan, Berita Harian hari ini melaporkan, Pegawai Penguat kuasa JAIS, Ahmad Tarnuzi Nokin, berkata pentauliahan itu perlu walaupun hanya untuk mengajar seseorang bakal saudara baru mengucapkan dua kalimah syahadah, selain mengaji mukaddam. Tarnuzi berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzzaman yang mewakili penceramah agama bebas, Dr Abdullah Yasin, dalam perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.

"Kenyataan dalam akhbar hari ini seolah-olah menunjukkan JAIS menolak pengembangan dakwah di Selangor sedangkan kita sepatutnya menyahut seruan Rasulullah s.a.w. yang menyeru umatnya "menyampaikan walaupun hanya satu ayat". Berapa ramai pendakwah yang mempunyai tauliah JAIS hari ini? Saya berpandangan, kalaulah begini, gerakan dan usaha dakwah serta islah di Selangor akan semakin lembab", ujar Mohd Idris.

Beliau tidak menolak pandangan bahawa tauliah ini perlu demi kemaslahatan tertentu. Namun, persoalannya berapa banyak maslahah yang akan terhalang hanya beralasankan beberapa mafsadah yang berlaku? Kenyataan ini juga seolah-olah satu penghinaan kepada para pendakwah yang pernah mengajar syahadah dan mengajar al-Quran termasuk di kampung-kampung tetapi tidak memiliki tauliah JAIS.

Isu tauliah JAIS ini mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk NGO, parti-parti politik dan tokoh tanah air yang memandang seolah-seolah tindakan JAIS akan menyebabkan ruang lingkup dakwah semakin sempit. GAMIS menyeru agar isu ini bukan sahaja dipandang dari sudut pembelaan terhadap individu-individu tertentu semata-mata, namun ianya haruslah melihat kepada kesannya kepada masyarakat pada masa akan datang.
* Kenyataan Media, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia

Posted by GAMIS on 12:52 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for ISU TAULIAH : JAIS PERLU BERTINDAK LEBIH MATANG

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya