GAMIS BORNEO ADAKAN KHIDMAT MASYARAKAT
MASYARAKAT 10:22 PG
Menggatal,Kota Kinabalu Baru-baru ini Gamis borneo adakan khidmad masyarakat di Kampung Lobou, Menggatal Sabah, turut serta dalam khidmat masyarakat itu ialah wakil dari GAMIS pusat, yang diketuai Presiden GAMIS sendiri, saudara Idris Yussoff, bersama beberapa orang Majlis Tertinggi GAMIS.
Dalam khidmat masyarakat itu,aktivis GAMIS telah mengadakan kunjungan dengan menziarah rumah-rumah penduduk di kampung Lobou, Menggatal . Kehadiran Mahasiswa disambut baik oleh penduduk kampung berkenaan. Keramahan yang ditunjukkan menyebabkan semua wakil gamis yang mengikuti tidak kekok untuk berramah mesra. Kebanyakkan penduduk Kg. Lobou ini adalah berketurunan Bumiputera Dusun, dan yang menganut agama Islam adalah minoriti.
Kunjungan yang dilakukan memberikan gambaran tentang keadaan penduduk Kg. Lobou yang sebenar, kemudahan infrastruktur yang tidak mencukupi dan beberapa permasalahan lain seperti bekalan air yang sering terganggu, yang menyebabkan penduduk kampung terpaksa menggunakan air sungai yang kadar kualiti amatlah kurang memuaskan, disamping sistem saliran yang tidak terancang yang menyebabkan pencemaran sungai.
Ketika menemui seorang penduduk Kg berkenaan yang beragama Islam, beliau ada menjelaskan tentang kehidupan masyrakat Islam disini baik dengan sering mengadakan pertemuan dan majlis ilmu di surau Kg berkenaan. Namun hubungan dengan penduduk yang bukan beragama Islam tetap rapat dan mesra.
Beliau juga menjelaskan tentang usaha-usaha dakyah agama lain turut rancak, mereka memberi bantuan berupa kupon makanan harian dank upon itu boleh ditukarkan dengan makanan di beberapa kedai berdekatan, ini termasuklah kepada keluarga yang beragama Islam.
Pihak GAMIS amat mengharapkan bagi mereka yang bertanggungjwab agar mengambil tindakan segera, kepada Majlis Agama Islam Sabah dan NGO dakwah yang lain turunlah kepada masyrakat Islam yang memerlukan dorongan dan panduan agar tidak tersasar dari syariat dan kepada pihak kerajaan Pusat, kebajikan rakyat harus diutama terutama di Sabah dan Sarawak yang dalam keadaan serba kekurangan.

Posted by GAMIS
on 10:22 PG.
Filed under
MASYARAKAT
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0