BANTAH BEKU PINJAMAN
12:41 PG
Kenyataan
Rasmi
Berhubung
Pembekuan Pinjaman PTPTN ke atas Mahasiswa Unisel
Gabungan
Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) membantah dan mengecam tindakan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi
Nasional (PTPTN) yang melaksanakan pembekuan sementara pinjaman PTPTN ke
atas pelajar Universiti Selangor (Unisel) khususnya kepada pelajar baru
ambilan bulan April yang lepas. Tindakan tersebut jelas sekali menunjukkan
sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Malaysia dan bercanggah dengan moto “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Bantahan
dan kecaman ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut :
- PTPTN ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi menyara yuran pengajian dan kos sara hidup. Sejumlah RM43 billion yang diluluskan oleh kerajaan dan dengan hanya RM27.5 billion yang dibayar kepada para peminjam, sepatutnya menjadikan PTPTN berkemampuan menjalankan fungsinya ke atas semua IPT yang berkaitan tanpa pengecualian ke atas IPT tertentu.
- KPT atau PTPTN tidak selayaknya menafikan hak para pemohon yang berkelayakan dan memohon dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan apatah lagi ke atas para mahasiswa di sebuah IPT berprestij seperti Unisel yang telah terbukti melahirkan ramai graduan berkualiti. Kegagalan menyediakan pinjaman pengajian tersebut akan merencatkan prestasi akademik para pelajar.
- Pembekuan pinjaman PTPTN dengan alasan untuk menguji kemampuan Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat untuk menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tersebut adalah tindakan yang tidak professional bahkan amat jelek sekali kerana telah menjadikan mahasiswa sebagai mangsa.
Oleh
hal yang demikian, GAMIS menuntut supaya :
- PTPTN segera mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu pembekuan pinjaman PTPTN ke atas mahasiswa Unisel dengan menyatakan sebab-sebab pembekuan tersebut dibuat.
- PTPTN dan KPT segera menamatkan polisi pembekuan tersebut serta membuka semula dan menerima permohonan yang dibuat oleh mahasiswa Unisel.
- Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) dan Dato’ Hj. Ismail Hj. Mohamed Said (Pengerusi PTPTN) sebagai pihak yang bertanggungjawab berhubung isu, memohon maaf kepada mahasiswa Unisel dan Kerajaan Negeri Selangor.
Sekian.
Terima kasih.
Saya
yang benar,
AHMAD
MUSTAFA ABD. AZAIS
Bendahari
GAMIS
Posted by GAMIS
on 12:41 PG.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0