Pendirian GAMIS Berhubung Isu KUIN

Perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, hukuman dijatuhkan terhadap enam orang mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang mana lima orang daripadanya dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda.

Mahasiswa tersebut ialah, Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran. Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin  juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Berhubung isu ini, GAMIS menyatakan sokongan penuh terhadap usaha untuk memansuhkan AUKU dan GAMIS dengan jelas membantah mana-mana tindakan yang menzalimi mahasiswa tanpa mengira parti politik.

GAMIS mendesak agar pihak kerajaan negeri Kedah untuk campur tangan berhubung isu ini. Demi memastikan hak mahasiswa dibela, GAMIS bersedia menjadi 'orang tengah' untuk menjernihkan konflik yang timbul di antara mahasiswa dan pentadbiran KUIN.

Pihak Pakatan Rakyat seharusnya mempunyai keazaman politik yang jelas berhubung isu AUKU sama ada mahu kekalkan atau mansuhkan AUKU. GAMIS meletakkan harapan agar isu ini dapat diselesaikan dengan mengambil kira hak dan keadilan ke atas kedua-dua pihak.


Gamis Inspirasi Anak Muda

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

Posted by GAMIS on 6:51 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

2 comments for Pendirian GAMIS Berhubung Isu KUIN

  1. semuanya perlu pemurniaan drpd semua pihak baik sblah kiri mhupun kanan

  2. GAMIS kena tuntut dan lawan...baru cun

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket