Tahniah FJP, rakyat Mesir

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengucapkan tahniah dan syabas kepada sayap politik Ikhwan Muslimin, Freedom and Justice Party (FJP) atas kemenangan dalam pusingan pertama pilihanraya Mesir. 

Jumlah 36.6% yang diperoleh FJP daripada 9.7 juta undi yang sah, diikuti oleh An-Nour Partysebanyak 24.4%, menunjukkan sokongan majoriti rakyat mesir terhadap perjuangan kumpulan Islam untuk menegakkan Islam di negara tersebut.

Tindakan rakyat Mesir ini adalah selari dengan semangat untuk menjaga dan memelihara dasar-dasar Islam dan menyokong dasar Islam dalam perlembagaan Mesir seperti yang dinyatakan dalam Article 2 (Constitutional Declaration 2011) "Islam is the religion of the state, and the Arabic language is its official language. The principles of Islamic law are the chief source of legislation." 

Tahniah kepada rakyat Mesir yang memberi penghormatan kepada perlembagaan negara untuk menjunjung tinggi kemuliaan Islam. Doa kami, semoga Allah merahmati kalian.

PRU-13 : Perhatian untuk BN dan PR

Meneliti perkembangan politik Mesir dan dalam berhadapan dengan PRU-13, GAMIS ingin menegaskan :



  1. Kesedaran rakyat bahawa kepimpinan negara mesti diterajui oleh pemimpin yang amanah dan dengan nilai kebebebasan dan keadilan, adalah menjadi asas kepada perubahan yang akan berlaku dalam masyarakat. Perubahan tidak akan berlaku tanpa kesedaran ini.
  2. Parti yang bertanding janganlah sesekali menjual prinsip perjuangan mereka demi mendapatkan restu dan kuasa yang singkat. Nilai amanah, adil dan benar adalah asas dan dasar yang harus dipertahankan. Bertindak ‘sesuka hati’ atas nama demokrasi dan kebebasan akan merosakkan masa depan agama, bangsa dan negara.
  3. Serangan pemikiran ke atas generasi muda, dengan menyebar-luaskan kefahaman hak individu sebagai satu yang ‘sacred’, tanpa adanya pengaruh agama di dalamnya, terus dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Justeru, generasi muda ini, harus dibangun dengan penguasaan ilmu dan kefahaman beragama, supaya lahir generasi muda yang mempunyai nilai jatidiri dan iman yang tinggi, bukannya dicandu dengan hiburan yang melalaikan dan gaya hidup yang merosakkan.
  4. Dakwah dan kebebasan untuk menyebarkan fikrah Islam adalah pra-syarat kepada kemenangan Islam. Kuasa semata-mata tanpa ada dokongan masyarakat dan ummah tidak akan membawa kuasa itu kemana-mana. Kerana itu, penguasaan ke atas jiwa dan minda masyarakat harus dilakukan dengan agenda dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar, bukannya atas nama ‘isu’ yang bersifat sementara.
Penutup

Kami mendoakan semoga Allah s.w.t. menganugerahkan kemenangan kepada FJP dalam Pilihanraya Dewan Rakyat, Pilihanraya Dewan Negara dan Pilihanraya Presiden yang akan terus berlangsung itu.

Kami juga mendoakan, semoga Allah s.w.t. memberi kekuatan dan petunjuk kepada umat Islam di Mesir, dan juga Malaysia, bagi mengharungi hari-hari penentu yang akan menyerlahkan keamanan, kebebasan dan keadilan, yang didasari agama Islam.

Wallahua’lam.

Mohd Eikhwan bin M. Ali
Naib Presiden GAMIS

Posted by GAMIS on 2:46 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Tahniah FJP, rakyat Mesir

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket