UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang melibatkan ‘perang saraf’ dalam dunia politik. Kita mengambil sikap terbuka sekiranya ia melibatkan pertikaian dari sudut politik semata. Namun apa yang menyedihkan, motif filem itu dikotori cacian dan makian kepada individu-individu tertentu dan secara terang menghina hukum-hakam Allah. Apa yang menyedihkan lagi, filem itu di’bintangi’ orang melayu beragama islam sendiri!


Isu ini bukan perkara yang boleh dipandang enteng. Jika ia hanya melibatkan pertembungan parti politik, itu ialah perkara yang normal. Namun, apabila ia melibatkan sensitiviti agama sehingga menghina hukum Allah secara terang, ia telah melanggar prinsip asas di dalam Islam. Maka, GAMIS dengan tegas membantah perkara seperti ini daripada terus dipermainkan di media, lebih-lebih lagi melibatkan hukum dan hudud Allah.

Mengambil pendekatan berhikmah, GAMIS cuba tampil pada kali ini merespon beberapa perkara yang dibangkitkan di dalam filem pendek itu agar kita jelas dalam mengatakan kebenaran dan keadilan Islam dalam setiap sudut kehidupan.

Pertama: setiap muslim perlu mengetahui bahawa hudud bukan hasil pemikiran manusiawi yang hanya makhluk ciptaan Allah. Hudud merupakan undang-undang yang ditetapkan daripada Allah SWT yang Maha Pencipta seluruh alam dan seisinya. Perkara ini jelas dinyatakan di dalam Al-Quran samada secara zhahir dan juga muhkam dilalah, yang mana ayatnya tidak membawa sebarang takwilan ataupun naskh, bahkan ia berada pada kedudukan paling tinggi dari sudut keterangan (declaration) di dalam Al-Quran.

Allah juga telah menegaskan di dalam Al-Quran melalui surah al-maidah ayat 49 mafhumnya:

"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia.

Kedua:  Kita juga mengetahui, di dalam konteks masyarakat dan keperluan mengikut aulawiyyat sekarang, pelaksanaan hudud perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat, bahkan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga menegaskan terdapat beberapa yang membawa kemashlahatan umum perlu diutamakan sebelum menjalankan hudud secara total. Namun, ia tidak bererti kita boleh memperkecil-kecilkan hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta, yang mengetahui setiap sesuatu sehinggakan bilangan daun yang gugur di tanah sekalipun sudah ada di dalam PengetahuanNya. Penegasan Allah nyata di dalam Al-Quran surah an-nisa ayat 56:

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
 Sepakat ulama’ mengatakan, mempermainkan hukum-hakam Allah samada secara sedar atau tidak, dengan memperkecilkan atau mengatakan hukum Allah tidak relevan pada masa sekarang, boleh mengugurkan iman seseorang. Allah juga telah menegaskan di dalam ayat 41 surah al-a’raf:

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."

Ketiga : Keadilan hukum Allah yang bersifat sacral (maksum) tidak dapat disanggah dengan akal pemikiran manusia yang dangkal. Keadilan itu bukan pada penyamarataan seperti yang didakwa di dalam filem pendek itu, kerana keadilan itu ialah meletakkan setiap perkara pada tempatnya. Jika dilihat secara ringkas, setiap hukum hudud itu merangkumi Maqasid Syariah yang disepakati oleh jumhur fuqaha dahulu dan sekarang, iaitu menjaga lima perkara asas:

a] Agama : melalui undang - undang murtad
b] Nyawa : melalui undang - undang qisas
c] Aqal : melalui undang - undang arak dan minuman yang memabukkan
d] Keturunan : melalui undang - undang zina
e] Harta benda : melalui undang - undang curi dan rompak.

Maka tidak timbul isu hudud tidak menjaga kemashlatan umum, bahkan hukum hudud telah meliputi keseluruhan maqasid syariah yang telah disepakati oleh kebanyakan ulama.
Tidak sepatutnya mereka yang bukan ahli dalam bidang agama ini berbicara secara semberono dan mengatakan hudud tidak menjaga maqasid sepertimana yang disebut di dalam filem itu. Seperti seorang hanya membaca buku berkenaan dengan kedoktoran, lalu terus menyatakan dirinya mampu membuat pembedahan. Mahu atau tidak, hanya orang yang berkelayakan sahaja boleh untuk membuat perkara tersebut. Sama juga dengan perundangan Islam, hanya orang yang ahli sahaja yang layak untuk berbicara tentang perkara ini, dan bukannya menjadi bahan bualan di meja kedai kopi.

Justeru itu, GAMIS sekali lagi mendesak setiap pihak yang berwajib perlu memainkan peranan dalam menangani isu ini. Apa yang jelas dilihat, kekeliruan terhadap hudud terlalu ketara sehinggakan disalahertikan oleh masyarakat dengan menganggap hudud itu milik sesebuah parti politik sahaja.

Kita perlu ingat, Allah yang menjadikan dunia ini dan seisinya, dan Allah juga menyediakan peraturan yang sepatutnya kepada kita. Sedangkan peraturan jalanraya juga kita akui akan kepentingan dan relevensi kewujudannya, apatah lagi Peraturan (hudud) Allah yang sepatutnya dilaksanakan demi kesejahteraan dan kemashlahatan di dunia dan Akhirat.  Semoga Allah mengampuni mereka yang jahil dalam perbuatan ini dan membawa mereka ke jalan yang benar, dan semoga Allah memberkati mereka yang terus menerus memperjuangkan untuk menegakkan kalimah Allah di dunia ini. 



Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden GAMIS

Posted by GAMIS on 2:45 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

1 comments for Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

  1. sebenarnya mereka bukan jahil, tapi mereka berpura2 jahil..masyarakat skrg perlu peka dgn isu hudud ini..ini hukum Allah...dan kita perlu menggunakannya...bukan mempertikaikan

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya