UTAMA

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria

Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan den...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
SEMASA

Himpunan Aman Selamatkan Syria

Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu ...

10 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung kaedah pemilihan sesi kepimpinan akan datang.


Timbalan presidennya, Muhammad Zaki Sukery berkata, pemilihan GAMIS bergerak di atas Konsep Syura yang diwarisi zaman-berzaman daripada kepimpinan terdahulu.


"Cuma ada beberapa pengubahsuaian untuk diselaraskan dengan kesesuaian semasa," katanya mengulas saranan pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab bahawa perlunya pemilihan pemimpin GAMIS dibuat secara demokrasi demi masa depan gerakan mahasiswa.

Muhammad Zaki berkata, sudah menjadi tradisi sejak dahulu, kepimpinan GAMIS akan datang, dipilih oleh pimpinan terkini.


"Kaedah ini bukan saja menjimatkan masa dan kos, bahkan selari dengan ruang masa tempoh pengajian di kampus yang menggunakan sistem semester.


"Kaedah Syura ini nyata selaras dengan pendekatan demokrasi apabila pimpinan ini akan turut mengundi apabila tibanya masa untuk membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ia juga dilihat amat bersesuaian dengan amalan semasa memandangkan lazimnya pimpinan baru GAMIS akan dipilih daripada pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam kampus yang sudah terbukti kredit dan meritnya sebagai seorang pimpinan mahasiswa yang mewakili ahli kampus.

"GAMIS juga terkejut dengan tuduhan kehilangan taring dan hilang daripada posisi gerakan nasional, memandangkan ia sentiasa saja melibatkan diri secara konsisten dengan isu-isu besar dalam negara saban tahun," tegasnya.

Untuk tahun ini sahaja, tambahnya, GAMIS terlibat secara langsung dengan isu makro seperti isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), BERSIH 2, HIMPUN dan yang terbaru, kebebasan akademik.

"GAMIS juga berasa ralat dengan sejarah yang disebutkan pada sesi 2007-2009 memandangkan pada ketika itu, wujud krisis antara soff kepimpinan dan ahli sehingga menyebabkan salah seorang pimpinan GAMIS pada sesi tersebut meletak jawatan sebelum tibanya Muktamar Tahunan termasuk ahli-ahli di hampir seluruh negara telah hilang kepercayaan.


"Hasilnya sejak dua tahun kebelakangan ini sehingga ke hari ini, GAMIS terpaksa melakukan ‘Road-Show’ dari negeri ke negeri untuk mengikat semula tali kepercayaan antara pimpinan dan ahli," tambahnya.

Hakikatnya, tambah beliau, tanpa mengenepikan pandangan bernas daripada SMM, GAMIS menyeru kepada kesemua gerakan mahasiswa untuk menumpukan pada isu yang utama dan fokus kepada keaslian perjuangan mahasiswa dengan tidak meratibkan isu-isu ranting.

"GAMIS juga mengulangi prinsip untuk sentiasa tegar bagi bekerjasama dengan apa jua front selaras dengan sifatnya yang inklusif termasuk aktif bergerak dalam merakyatkan Gerakan Mahasiswa Islam baik di dalam mahupun di luar pagar kampus dalam pelbagai isu, terutamanya dalam isu-isu Kemahasiswaan dan Keagamaan, sekalipun berdepan realiti bertukar wajah pimpinan setiap tahun," tambahnya.

Posted by GAMIS on 9:59 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket

ISU SEMASA KAMPUS

ISIUKM Di Persada Nasional

Bismillah 26 November 2011 iaitu hari Jumaat yang lepas telah menyaksikan pertukaran barisan kepimp...

05 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Konsert Adam Lambert biak virus gejala sosialPMIUM sokong larangan berdua-duaan di IPGSelamat menempuh alam kampus
PROGRAM

Pemilihan : GAMIS sambut baik saranan SMM

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyambut baik saranan Solidariti Mahasiswa Malaysia (S...

24 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
Borak PRU13Konsert GEGAR ANAK MUDA malam iniMerdeka, Sejarah yang diHITAMkan
DARI PIMPINAN

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka

Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderun...

11 Feb 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Munajat dan Pidato Perdana, 6 Januari 2012

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

05 Jan 2012 / 1 Comments / Selanjutnya

Seruan Solat Hajat dan Qunut Nazilah

Tabir 2012 disambut dengan lembaran ‘Tragedi Berdarah’ di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ...

03 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Selamatkan FELDA

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan...

25 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
TAZKIRAH

Hudud: Siapa kita untuk mempertikaikannya?

Mutakhir ini, arus media alternatif (youtube) di Malaysia dihebohkan lagi dengan filem pendek yang ...

21 Dec 2011 / 1 Comments / Selanjutnya

Salam Maal Hijrah 1433

Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus se...

26 Nov 2011 / 0 Comments / Selanjutnya
POLITIK

Kerajaan Gagal Hayati Citarasa Mahasiswa

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontark...

15 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya

Mahasiswa Pilih Kerajaan Baru, UMNO BN Mesti Berundur

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa aka...

02 Jan 2012 / 0 Comments / Selanjutnya
PROJEK

SPIN ditukar kepada IPPIN

Sekreteriat Pendidikan Islam Nasional(S...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya

Institut Negarawan Tarbiyah

Melihat kepada cabaran baru masa kini, ...

24 Mar 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
RENCANA

GAMIS, Isabella & mentari hidayah

Delegasi Gabungan Mahasiswa Islam Se-M...

19 Apr 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

Salam Imtihan Kepada pelajar SPM & STPM

Musim peperiksaan SPM dan STPM kini tib...

23 Nov 2010 / 0 Comments / Selanjutnya
SIGMA

SIGMA, Harapan Wanita Malaysia 2012: Edaran 2012 Kuntum Bunga Ros

Menjelang tahun baru 2012, SIGMA (Siner...

31 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya

SIGMA: LPF Lepas Tangan

Rohayu Rusli Kuala Lumpur, 27 Dis:&n...

27 Dec 2011 / 0 Comments / Selanjutnya