HIMPUN : Gamis nyatakan sokongan

Gabungan Mahasiwa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyatakan sokongan penuh dan keterlibatan secara langsung dalam penganjuran Himpunan Sejuta Ummah (HIMPUN) yang akan diadakan pada 22 Oktober ini nanti di Stadium Shah Alam.

Sebagai sebuah badan gerakan mahasiswa, GAMIS merasakan peri pentingnya untuk semua mahasiswa turut serta menjayakan himpunan ini sebagai langkah menifestasi kesatuan seluruh umat Islam dalam menjaga sensitiviti terutamanya melibatkan isu aqidah Islam itu sendiri.

Oleh itu,GAMIS menyeru seluruh mahasiswa untuk turun bersama-sama pada hari tersebut bagi menyatakan sokongan terhadap isu aqidah Islam yang kian meruncing ketika ini.

Disamping itu,bersempena dengan program Karnival Ilmu Anak Muda (KAMU ‘11) anjuran GAMIS yang akan diadakan bermula pada hari yang sama iaitu 22 Oktober hingga 23 Oktober ini,himpunan ini juga adalah menjadi salah satu program khusus yang diletakkan dalam tentatif program karnival tersebut. Oleh dengan itu, GAMIS menjemput seluruh yang hadir pada perhimpunan tersebut turut sama memeriahkan karnival anjuran GAMIS ini.

GAMIS juga mengambil inisiatif bersempena dengan Himpunan Sejuta Umat ini dengan mengadakan satu Simposium Aktivis Dakwah yang di adakan di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam yang mana akan turut membincangkan isu aqidah dikalangan aktivis dakwah di Malaysia. Ini untuk memastikan momentum himpunan tersebut tidak luntur begitu sahaja,akan tetapi ia perlu mendapat sebulat suara dikalangan penggerak dakwah terutamnya di kalangan NGO-NGO Islam di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Karnival Ilmu Anak Muda, bolehlah melawati di blog KAMU ’11, www.kamu11.blogspot.com untuk melihat tentative penuh sepanjang 2 hari karnival.

Oleh yang demikian,Sekali lagi GAMIS menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya para mahasiswa Islam untuk sama-sama menjayakan misi mempertahankan aqidah suci umat Islam ini.

Presiden GAMIS- Ahmad Syazwan B. Muhammad Hasan.

Posted by GAMIS on 8:33 PTG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for HIMPUN : Gamis nyatakan sokongan

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket