Gamis bersikap keterbukaan
isu semasa, terkini 6:51 PTG
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia menyatakan kebersamaan bersama gerakan-gerakan lain di dalam isu Kebebasan Akademik Profesor Dr. Abdul Aziz Bari adalah lambang sikap keterbukaan dan inklusif Gamis dalam berhadapan dengan Gelombang Kezaliman.
Menurut Timbalan Presiden Gamis, saudara Zaki Sukery, Gamis akur kepada perlunya kesatuan dan kesefahaman bersama gerakan-gerakan lain di dalam perkara-perkara yang melibatkan Maslahah 'Ammah daripada mengutamakan Maslahah Khassah, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam Hilf Al-Fudul untuk bersepakat secara Kolektif di dalam isu Melawan Kezaliman dan Menghormati Prinsip-Prinsip Asas Keadilan, sekalipun kebanyakan peserta Perjanjian tersebut ialah bukan Islam!
Tambahnya lagi, dalam masa yang sama, kami tetap berpegang kepada prinsip asas Islam dan menghormati (sekalipun tidak bersetuju dengan) prinsip-prinsip asas Nasionalis, Liberalis atau sekalipun Sosialis yang tergunapakai ke atas mana-mana gerakan atau NGO. Perbezaan ini tidak akan menjadi batu halangan kepada Gamis untuk menolak sebarang kerjasama dalam membanteras kezaliman, dari penjuru mana ia datang sekalipun, asalkan ada ruang yang besar untuk memenangkan Islam dan menyahkan Ketidakadilan, kerana melawan Kezaliman itu sebahagian daripada pendekatan Islam untuk menegakkan Keadilan.
Malah Zaki Sukery berkata, Gamis akan datang dari sudut mana sekalipun dan tidak akan sesekali terikat dengan apa jua sistem yang bercanggahan dengan prinsip Natural Justice (We Would Come From Each And Every Manner Possible and Never Will Be Bound by Any System Which Is Clearly Contradict to the Principle of Natural Justice), asalkan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas yang dimeterai di dalam Al-Quran dan As-Sunnah dan prinsip-prinsip asas yang turut dimeterai di Perlembagaan Persekutuan.
"Sebab itu, Gamis pernah terlibat secara langsung dengan BERSIH, HIMPUN dan terbaru isu Kebebasan Akademik Profesor Dr. Abdul Aziz Bari," katanya.

