XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia yang bakal berlangsung pada 16 September depan kepada seluruh warga masyarakat Malaysia. Pelbagai bentuk dan ragam sambutan telah terpamer dipersekitaran harian kita.

Pelbagai tafsiran pada hari ini menerjah arus pemikiran rakyat semasa, mengenai isu kemerdekaan, soal siapa perjuang, siapa petualang dan sebagainya. Apa pun bagi saya, pastinya ada pejuang yang berusaha gigih untuk memerdekakan negara. Atas dasar itu kita perlu pamerkan rasa kecintaan dan terima kasih. Jasa bakti mereka menaburi segenap ruang kejayaan negara wangsa masa kini.

Dikesempatan ini juga, Gamis ingin menzahir seruan kepada seluruh anak bangsa merdeka untuk kembali menobatkan diri sebagai pencinta keamanan dan kemakmuran yang sejati. Menerokai hasrat itu, Gamis sebagai peneraju gerakan mahasiswa Islam di Malaysia berasa terpanggil untuk turun meraikan sambutan meriah hari kemerdekaan dan juga hari malaysia, khususnya menjelang detik keramat, pukul 12 tengah malam 16 september ini.

InsyaAllah Gamis akan memimpin para belia juga mahasiswa untuk turun membawa gerakan dakwah bagi membasmi masalah sosial yang diwariskan setelah detik 12 malam berlalu. Atas dasar itulah Gamis dengan kerjasama PUM, akan melancarkan gerakan khas yang bertemakan “Kempen Kami Tak Nak Maksiat” bagi membuat pemerhatian, pemantauan dan juga pencegahan awal agar virus kemaksiatan dapat disekat dan dihapuskan.

Oleh itu Gamis, menjemput seluruh mahasiswa Islam dan belia untuk hadir ke XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011. Bagi yang berkelapangan untuk hadir, pihak kami menjemput anda untuk bersama kami berhimpun di Masjid KLCC pada pukul 9 malam yang dimulakan dengan bacaan yassin dan satu taklimat khas akan diadakan sebelum para petugas XPDC diagihkan mengikut kawasan sasaran. Para petugas juga digalakkan memakai pakaian kemas bagi menunjukkan imej contoh para belia lainnya.

Sehubungan dengan itu, kami juga menjemput Para wartawan untuk hadir bagi membuat Liputan.Dijangkakan XPDC ini akan tamat selewat-lewatnya pukul 2 pagi.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk bersama menerokai pengalaman berdakwah bersama pasukan kami. Bersamalah kita berkongsi nikmat kemerdekaan ini dengan mencari redha Illahi disamping membantu menyelamatkan anak bangsa yang masih kehilangan arah tuju kehidupan. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Sdr. Ridhuan – 0132229803 atau Sdri. Syahirah- 0133932657. 

Wassalam

Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon
Ketua Penerangan
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)

Posted by GAMIS on 1:16 PG. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

Bersama GAMIS di laman FaceBook : FaceBook GAMIS Pusat

0 comments for XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011

Leave comment



GAMIS atau nama penuhnya, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia adalah salah satu badan mahasiswa yang terbesar dan antara tertua di Malaysia. GAMIS merupakan NGO mahasiswa yang menjalankan pelbagai aktiviti, termasuklah aktiviti dakwah, siasah, dan kebajikan. GAMIS juga sebagai badan bertindak dalam memperjuangkan pelbagai isu di kampus mahupun di luar kampus untuk kesejahteraan ummat sejagat.

Photobucket