GAMIS lancar Tabung Aidilfitri Cahaya Harapan
Posted by GAMIS
terkini
11:12 PG
GAMIS melancarkan Tabung Aidilfitri Cahaya Harapan bertujuan untuk membantu mahasiswa yang memerlukan. Tabung ini dibuat bagi memberikan cahaya baru kepada mahasiswa islam seluruh Malaysia yang tidak mempunyai nasib yang baik sebagaimana mahasiswa yang lain.
Pihak GAMIS telah kenalpasti sejumlah 50 orang mahasiswa setakat ini yang memerlukan bantuan kebajikan khususnya dalam bentuk kewangan. Kalangan mereka ini ada yang miskin, ditimpa musibah, dan juga yang menghapadi masalah kesihatan yang kronik. Kita juga pernah mendapat maklumat mahasiswa yang menumpang dan tidur dibawah katil kawan kerana tidak mampu untuk membayar yuran kolej kediaman. Penderitaan dan cabaran yang diterima oleh rakan-rakan mahasiswa ini sangat menguji keimanan dan keyakinan mereka.
Tabung ini dilancarkan bermula daripada 15 Ramadhan yang lalu setelah melihat kepada keadaan dan keperluan sahabat-sahabat kita. GAMIS juga serius dalam isu murtad yang berpunca daripada masalah sumber kehidupan yang akhirnya orang Islam mendapatkan bantuan daripada agama yang lain. Maka GAMIS rasa bertanggungjawab kepada mahasiswa seluruh Negara agar mereka terbela dan diberikan perhatian sebaik mungkin supaya mereka sama sekali tidak menggadaikan nilai aqidah dek kerana wang kertas yang dicari.
Justeru, GAMIS memohon seluruh masyarakat untuk tampil dan memberikan bantuan sempena bulan yang digandakan amalannya dengan menyalurkan bantuan terus ke tabung yang disediakan. Hasil kutipan ini akan diserahkan kepada semua rakan mahasiswa pada akhir Ramadhan ini agar mereka dapat menyambut aidilfitri dengan harapan yang baru dan rasa gembira sebagaimana rakan mereka yang lain.
Dalam masa yang terdekat ini, GAMIS menyeru doa dan bantuan kepada seorang mahasiswa Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP) jurusan komunikasi kejuruteaan tahun 3, Mohd Izzat Ibrahim yang akan melakukan pembedahan pada hari ini (18/8/2011). Beliau telah menghidapi ketumbuhan dalam otak sebesar 6cm yang mengakibatkan beliau mengalami sakit kepala yang teruk. Lebih menyedihkan beliau lansung tidak dapat mengingati perkara yang berlaku dalam jangka masa pendek hingga pelajaran beliau terjejas teruk kesan daripada penyakit yang dialami. Presiden GAMIS, Saudara Ahmad Syazwan sempat menziarahi beliau malam sebelum pembedahan dilakukan.
Kepada seluruh mahasiswa dan masyarakat budiman yang ingin menyampaikan bantuan, boleh menyalurkan bantuan berkenaan ke dalam akaun :
Bank Islam : 02047010048262 ( Tabung Kebajikan GAMIS )
Bank Maybank : 162405040568 ( Mohd Izzat bin Ibrahim )
( saudara Mohd Izzat disebelah kiri Presiden GAMIS )
Atau boleh juga menghubungi mana-mana pimpinan GAMIS untuk tujuan berkenaan. Sumbangan anda untuk menyelamatkan aqidah, mengeratkan ukhwah dan menambah barakah dibulan yang mulia ini.

Posted by GAMIS
on 11:12 PG.
Filed under
terkini
.
You can follow any responses to this entry through the
RSS 2.0