Futsal Ramadhan eratkan ukhuwah antara kampus
berita, terkini 6:42 PTG
BANGI, 31 JULAI – Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) telah menganjurkan kejohanan futsal yang bertemakan “Futsal Ramadhan” bertempat di Galaxy Futsal Kompleks Sukan Seksyen 15, bangi bagi mengumpul dana untuk program-program yang bakal berlangsung sepanjang ramadhan nanti.
Kejohanan itu yang membabitkan ahli Gamis dari beberapa kampus di lembah kelang, menyaksikan Medical Student Club (MSC) USIM meraih hamper juga piala Gamis hasil mata tertinggi yang terkumpul sepanjang perlawanan dan selaku johan perlawanan. Naib johan jatuh kepada Al Azhar Member (ALAM) KUIS, tempat ketiga Maruf Club UIAM dan tempat keempat Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMI UM).
“Antara sebab kejohanan ini diadakan adalah sempena mencari dana Gamis untuk program-program yang bakal di anjurkan sepanjang Ramadhan nanti. Kami biasa menganjurkan benkel-bengkel dan forum untuk kutipan dana tetapi kali ini kami cuba buat kelainan dengan mengajurkan futsal dan juga cara terbaik untuk mengumpulkan jumlah peserta yang ramai,” kata Pengarah Program, Mohd Yusof Hadhari yang juga Ketua Penerangan Gamis Pusat.
“Ia adalah kali pertama kami menganjurkannya, ia cara terbaik untuk membolehkan interaksi yang rapat antara Gamis dan persatuan-persatuan di kampus sekitar lembah kelang yang juga ahli kepada Gamis sendiri, Futsal bukanlah satu aktiviti sukan yang hanya untuk mengeluarkan peluh semata-mata, namun ianya mengandungi peraturan-peraturan dan disiplin permainan yang seharusnya dipatuhi dan dihargai. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan pimpinan Gamis dan juga ahli,” katanya lagi.
Tambahnya, Justeru itu, saya berharap kejohanan sebegini akan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.”